Ahad, 19 Mei 2013
Kerana Takut..BN Turunkan Harga Minyak RM0.50 Esok..??
Penurunan Harga Minyak akan berkuat-kuasa pada 20 Mei 2013 iaitu esok. Kabinet Baru Barisan Nasional hari ini mengesahkan bahawa semua harga minyak akan diturunkan sebanyak RM0.50 sen,di semua stesen minyak di seluruh negara. Perkara ini disahkan oleh seorang menteri kabinet selepas selesai mesyuarat tengahari tadi.
Kabinetdalam Mesyuarat nya petang tadi, sebulat suara bersetuju untuk menghapuskan cukai yang dikenakan pada premis-premis syarikat minyak, dengan itu harga minyak manpu diturunkan sebanyak 35 peratus untuk setiap kategori akan berkuatkuasa pada pukul 12 malam ini.
Sumber itu juga menegaskan, penurunan harga tersebut juga akan dapat dinikmati oleh semua kenderaan yang mengisi minyak di stesen dalam negara ini.Kebinet berharap penurunan harga minyak ini dapat mengurangkan bebanan rakyat,Walaupun tiada dalam manifesto BN,namun atas sikap prihatin kerajaan BN maka penurunan harga minyak di lakukan.
Berikut adalah senarai minyak yang terlibat dengan penurunan harga,
1.Minyak Angin (Cap kapak dan cap Tombak)
2.Minyak Senyonyong (Cap Dacing dan Cap Senduk)
3.Minyak Gamat ( Keluaran Pak Mat,Veteran Umno Yang Boikot Air Asia)
4.Minyak Dagu dan Minyak Tumit
5.Minyak Pengasih dan Minyak Meluat
6.Minyak Belacak
Diharapkan pengundi BN bersyukurlah dengan penurunan harga minyak ini..!!
Najib Tunjukkan "Kemarahan"nya Pada Umno Selangor..
Najib benar-benar menunjukkan kemarahannya kepada Umno Selangor
apabila tiada seorang pun pemimpin Umno Selangor yang dilantik sebagai
menteri.
Ia memecah rekod kerana tidak pernah berlaku dalam sejarah kabinet tidak mempunyai wakil dari Umno Selangor.
Paling ketara ialah apabila Noh yang sebelum ini Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani digugurkan dari kabinet.
"Mengapa Noh dan pemimpin Umno Selangor yang lain sahaja yang perlu bertanggungjawab sedangkan orang paling awal mesti bertanggungjawab atas kekalahan Umno Selangor ialah Najib sendiri kerana beliau bukan sahaja Pengerusi Perhubungan Umno Selangor malah Pengarah Pilihan Raya BN Selangor.
"Sebab itulah rakyat melihat Noh dimangsakan kerana keengganan Najib untuk bertanggungjawab," kata Mahfuz.
Selain Noh, bekas Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman juga dilihat sebagai salah seorang mangsa utama apabila tiada dilantik mengisi sebarang tempat dalam kabinet baru najib.

Kecoh TV3 Hari Ini Pasal Mansuh Dewan Negara..Ini Jawapan Kapal
Pengerusi DAP Karpal Singh berkata perlembagaan persekutuan perlu dipinda bagi memasuhkan Dewan Negara.
"Tiada perlu Dewan Negara. Ia adalah perbelanjaan yang tidak perlu untuk ditanggung rakyat. Tidak ada gunanya. "Ia hanya menggalakkan orang yang telah ditolak oleh rakyat atau orang lain untuk dibawa ke Parlimen dari pintu belakang melalui Dewan Negara memandangkan dalam undang-undang Parlimen juga termasuk Dewan Negara," katanya kepada pemberita.
Beliau berkata Parlimen yang merupakan dewan perundangan yang tunggal, seperti juga kedudukannya di Singapura, merupakan yang paling sesuai demi kepentingan awam. Karpal yang juga anggota Parlimen Bukit Gelugor berkata kemasukan beberapa personaliti dalam barisan Kabinet tidak sepatutnya dilakukan.
"Mana-mana ahli Kabinet yang dikatakan cukup berwibawa semestinya termasuk individu yang berintegriti dengan reputasi yang dipandang tinggi oleh masyarakat dan bahwa penilaian itu hanya boleh dibuat secara langsung melalui pilihan raya oleh rakyat dan bukan melalui pelantikan, katanya.

Terkinii..Inilah Agihan Kerusi Exco PR Di Selangor..
Menteri
Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim (gambar) mengesahkan, agihan kerusi
Exco untuk Selangor adalah PAS 4, PKR 3 dan DAP 3.
Beliau mengesahkan perkara ini melalui twitternya malam tadi.
"Agihan kerusi Exco: PAS 4, PKR 3 dan DAP 3. Senarai nama dihantar kepada Tuanku DYMM Sultan Selangor pada Jumaat lepas," tulis Khalid dalam Twitternya.
Semalam Harakahdaily menyiarkan berita PAS Selangor telah menghantar empat nama untuk dilantik sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor.
Pesuruhjaya PAS negeri, Dr Abdul Rani Osman berharap keempat-empat nama yang dikemukakan itu dipilih sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor penggal kedua ini.
Namun beliau enggan untuk mengesahkan senarai empat wakil rakyat PAS itu untuk mengelakkan adanya perkara sebalinya berlaku.
"Kita kemukakan empat nama, dan tidak semestinya keempat-empat itu terpilih menjadi exco. Dan kemungkinan juga satu nama untuk jawatan Speaker dan tiga lagi untuk exco. Ianya terserah dan terpulang kepada Sultan," katanya ketika menghubungi Harakahdaily.
Khalid mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar untuk penggal kedua pada 14 Mei lalu turut mengumumkan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dikekalkan sebagai Penasihat Ekonomi Selangor.
“Pengalaman beliau dijangka terus main peranan penting dalam pentadbiran negeri,” ujarnya.
Sehingga semalam, hanya DAP sahaja yang mengesahkan Adun Sungai Pinang dan Seri Kembangan, Teng Chang Khim dan Ean Yong Hian Wah mewakili parti itu sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor.
DAP dijangka akan mengekalkan kerusi Speaker kerana parti itu juga menang jumlah bilangan kerusi DUN yang sama dengan PAS.
Jika ini berlaku bermakna ketiga-tiga parti Pakatan mendapat ekuiti yang sama dalam kerajaan negeri Selangor dengan PKR mendapat kerusi MB manakala DAP mendapat kerusi Speaker Dewan Undangan Negeri.
Pada PRU13, DAP dan PAS masing-masing memenangi 15 kerusi Dun sementara PKR pula 14.

Janji "Capati" Mukhriz 100 Hari Di Kedah..
Kerajaan Negeri Kedah telah mengagihkan tugas
melaksanakan Aku Janji Barisan Nasional (BN) Kedah kepada anggota
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang dilantik semalam, kata
Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.
Beliau berkata, sebagai contoh isu Kolej Universiti Insaniah (Kuin) telah diserahkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya Datuk Tajul Urus Mat Zain untuk menyelesaikannya.
Mukhriz berkata, kesemua anggota Exco perlu menyediakan laporan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) setiap tahun bagi memudahkannya menyelaraskan hasil kerja yang dibuat sekali gus dapat menunaikan Aku Janji BN Kedah.
“Saya tak akan guna sewenang-wenangnya kuasa untuk tamatkan lantikan Exco untuk tempoh setahun. Kita mahu semua Exco rangka perancangan dalam tempoh lima tahun untuk mudahkan kita selaraskan kerja.
“Contohnya kalau seseorang Exco tak penuhi KPI 100 peratus tetapi ada perancangan nak penuhi KPI tersebut sudah memadai bagi saya,” katanya.
Sedikit musyukil ialah tidak disebut pun tentang janji-janji "Capati" BN sebelum ini yang akan dibuat dalam masa 100 hari selepas boleh menawan Kedah iaitu:-
1. BN akan tutup semua pusat hiburan di Kedah yang dibuka di masa Pakatan Rakyat.
2. BN akan membatalkan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.
3. BN akan hapuskan bayaran parking letak kereta di MBAS.
4. BN akan menurunkan tarif air sebanyak 10 sen untuk satu meter padu.
5. BN akan memansuhkan 3/4 dari program pengajian di KUIN yang dianggap membazir dan tiada sambutan.

"Tangisan Pilu" Pertemuan Dua Insan Ini Di Wad ICU Utz Azizan..
Catatan sebelum ini mengundang banyak
persepsi, barangkali juga kali ini. Catatan ini ringkas, namun penuh
makna bagi pemilik hati yang masih punya nilai keinsanan, apatah lagi
nurani yang memahami tasawwur 'amal Islami, menghayati konsep, sistem,
rukun dan adab berjemaah dalam sebuah Harakah Islamiyyah.
Pagi tadi, Dr Syamsuri, Setiausaha
Politik Presiden PAS menghubungi aku memaklumkan Presiden akan datang
menziarahi Ustaz Azizan petang nanti, jam 3.30. Hati dan perasaan
segera lega dan gembira. Presiden PAS yang dikasihi itu, dalam waktunya
yang sangat terbatas, akan meluangkan masa sekali lagi, membuat
perjalanan jauh, menziarahi sahabat seperjuangan yang sedang mengalami
saat-saat sukar dalam hidupnya.
Aku menyambut TGHH di kereta dan
membawanya ke wad. Dia segak berjubah hitam berbutang hingga ke bawah,
berserban seperti selalu. Wajahnya berseri walaupun nampak penat dengan
kesibukannya. Pak Cop dan beberapa kepimpinan PAS Kedah menanti di pintu
wad ICU. Dia memberi salam kepada beberapa pengunjung di koridor, terus
melangkah laju terus ke bilik Ustaz Azizan.
Assalamualaikum! Suaranya bergetar. Ustaz Azizan dimaklumkan oleh
anaknya Solehah, "Ayah! Ustaz Hadi mai..." Wajah Ustaz Azizan nampak
berseri, bola matanya meliar mencari suara sahabat dan pimpinannya itu.
Ustaz tidak mampu berkata-kata dan bersuara, tiub oksigen dan saluran
paip masih menyekat suara dan mulutnya, dia cuba juga mengerakkan
bibirnya untuk menjawab salam sahabatnya itu. Kedua belah tanggan
terangkat ke paras dada, seolah menyatakan syukur di atas kedatangan
itu.
"Bersabarlah, bersabarlah .... Banyakkan
zikir dan doa. Hadis menyatakan orang yang bersabar menghadapi sakit
akan diberi pahala yang banyak..." Kata TGHH sambil menggenggam tangan
Ustaz Azizan. Wajah dan bola mata mereka bertentangan. Suara TGHH
bergetar menahan sebak.
" Ana datang nak bagitahu, keputusan yang besar
bagi anta ini diambil untuk menyelamatkan nyawa anta, nyawa lebih
penting dari anggota tubuh (kaki), atas kewajipan itu, kami semua
sahabat dan keluarga membuat keputusan membenarkan pembedahan itu" kata
TGHH. Ustaz Azizan mengangguk dan mengangkat tangannya sekali lagi
seperti mahu kami juga berdoa untuknya. Mulutnya bergerak, namun tiada
suara yang keluar.
TGHH memalingkan wajahnya ke belakang,
matanya merah, air mata meleleh disebalik kaca matanya. Kami yang berada
di situ tiada daya menahan pilu teramat sangat, dada berombak, nafas
tersekat dan air mata menitis laju. Keakraban dan kasih sayang antara
mereka terserlah memancar dalam pertemuan itu, tiada ayat untuk
menzahirkannya. Aku berpaling ke sisi, Pak Cop, Dr Syamsuri, Helmi
Khalid, Doktor dan jururawat turut menangis menekupkan mulut dengan
tangan.
TGHH memegang dahi Ustaz Azizan yang saat
itu memandangnya. Sambil mengusap kepala sahabatnya, TGHH mengeluarkan
kalimat ini... "Bersabarlah... kerja keras anta selama lima tahun pasti
Allah akan terima ..... Khalifah Umar Abdul Aziz menjadi khalifah selama
dua tahun setengah sahaja, dia diracun dan mati. Anta sempat juga 5
tahun, lebih lama daripada Umar Abdul Aziz, bersyukurlah dan teruskan
bersabar!" Kata-kata TGHH ini diucap dalam tangisan, tersekat-sekat dan
perlahan. Kami di belakang bagai tertimpa 'segunung rasa
hiba'...menjuraikan air jernih tak terkawal lagi.
"Ana akan ke Turkey esok, InsyaAllah ana
akan sampaikan salam anta kepada sahabat-sahabat di sana." Kata TGHH
perlahan. Ustaz Azizan mengangguk, matanya memandang wajah TGHH, ada
aitrmata bertakung di kelopaknya. Aku segera terbayang pertemuan Ustaz
dengan sahabatnya Sheikh Yusoff Karocha, penterjemah kitab dan guru
kepada Tayeb Erdogan di Turkey. Mereka bertemu penuh keakraban pada
Januari lalu.
Ustaz Azizan mengangkat kedua tangannya
dalam kepayahan, TGHH membaca doa ringkas dalam bahasa arab, kami
mengaminkannya. Pak Cop dan aku mengambil tempat di sisi katilnya,
sementara TGHH mendapat penjelasan ringkas Doktor tentang kondisi
terkini Ustaz Azizan. " Ustaz berehatlah, kami semua akan terus berdoa
untuk Ustaz." Kata Pak Cop dalam esakan tangisnya.
"Ana minta diri dulu, anta teruslah
berehat dan banyakkan sabar". Ustaz Azizan cuba menghulurkan tangganya
yang masih bertambat beberapa paip dan wayar bersambung ke mesin. TGHH
menyambut dan memegangnya. Dia menjengketkan kakinya, membongkok dan
mencium dahi sahabatnya yang terbaring itu, agak lama. "Moga anta lekas
sembuh!" Katanya dalam esakan.
TGHH menghala keluar. "Terima kasih
semua!." Katanya sambil mengangkat tangan kepada Doktor dan jururawat
yang sedang teresak kesayuan dalam bilik itu. Dia berhenti seketika,
menanggalkan cermin mata dan mengesat air matanya di depan pintu. Aku
lihat ramai juga yang menyaksikan pertemuan itu dari depan cermin pintu,
turut menangis.
Demikianlah kasih sayang diantara dua
tokoh pimpinan PAS yang terbina kerana Allah, subur dan terus segar
untuk mengharungi perjuangan suci ini. Ikatan tulus dari hati yang
tersimpul kukuh sejak puluhan tahun lalu itu tidak terlerai, tidak mampu
dirungkai oleh apapun, dengan sebab apapun, kerana simpulan itu benar
dan ikhlas atas jalan Allah, bukan palsu bukan lakonan. Mereka berdua
telah sebalut dalam perjuangan ini.... Air mata masih berjurai saat aku
menitikkan nokhtah kepada catatan ini.
Sabtu, 18 Mei 2013
Ini Yang Umno Takut..BN Tak Akan Bertahan Lama Di Kedah - Mahfuz
Pesuruhjaya PAS Kedah, Dato’ Mahfuz Omar optimis bahawa kekuatan Umno-BN
tidak akan bertahan lama dan akan kembali bergolak setelah ketiadaan
Tun Dr Mahathir Mohamad. Malah katanya, Kerajaan Negeri Kedah pimpinan
Menteri Besar, Dato’ Mukhriz Mahathir juga hanya akan diterima selagi
mana adanya Dr Mahathir.
“Bukan bermaksud saya minta Dr Mahathir mati cepat, tetapi hendak menyatakan bahawa dia (Mukhriz) mampu naik ke kedudukan yang ada sekarang ini kerana ayahnya,” ujar beliau dalam ucapan sulungnya sempena majlis bacaan Yasin dan solat hajat untuk mantan Menteri Besar, Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, di sini 14 Mei lalu.
Beliau juga sangat yakin semua Adun PAS dan Pakatan Rakyat mampu berhadapan Adun-adun BN dalam Dewan Undangan Negeri serta menangkis segala serangan yang mungkin dibuat terhadap pentadbiran 5 tahun Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah.
Secara khusus, Mahfuz juga berharap Ustaz Azizan akan menyertai kekuatan Adun-adun Pakatan Rakyat dalam Sidang Dun Kedah walaupun terpaksa berkerusi roda
Menyentuh perjalanan PRU lalu, beliau percaya semua petugas PAS telah melaksanakan tugas terbaik, namun gagal menghadapi tipu muslihat oleh Umno-BN yang turut berkonspirasi bersama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan pihak-pihak lain.
“Program Himpunan Blackout 505 yang dirancang itu bertujuan mendedahkan kepada masyarakat bahawa kekalahan ini angkara tipu muslihat yang dilakukan pelbagai pihak. Jika ada pihak mempersoalkan bukti terhadap perkara itu, memang terdapat banyak perbuatan curang jenayah demokrasi dilakukan pelbagai pihak.
“Paling jelas adalah isu dakwat kekal sebagai isu fundamental di mana tujuan diadakan calitan dakwat kekal itu untuk memastikan PRU13 bersih tetapi dakwat itu tidak dapat dipertahankan SPR,” tegasnya.
Ditanya perancangannya selaku Pesuruhjaya PAS Kedah yang baru, Mahfuz menegaskan bahawa beliau akan turun ke bertemu pimpinan PAS Kawasan-kawasan untuk mendengar pandangan mereka supaya parti dapat digerakkan.
Jelasnya lagi, beliau juga akan mendengar pandangan dari pelbagai segmen kumpulan dalam masyarakat yang menyokong PAS baik dari kalangan profesional, ulama, anak muda, muslimat dan sesiapa sahaja.
“Saya sedia atur pertemuan bagi mendengar pendapat dan pandangan mereka bagi mengembalikan PAS dan Pakatan Rakyat pada PRU akan datang,” terang Mahfuz.
Beliau turut menyeru agar semua pendokong kembali bangun dan memacu perjuangan sehingga PAS dan Pakatan Rakyat kembali melangkah ke Wisma Darul Aman.

Terkini..Dari Istana Bukit Chandan..
Pemangku
Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah bersama Raja Dihilir Perak, Raja Jaafar
Raja Muda Musa berkenan bergambar bersama Menteri Besar Perak, Datuk
Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
Perak (EXCO) yang dilantik pada Majlis Perlantikan dan Mengangkat Sumpah
Jawatan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak di Istana Iskandariah,
Kuala Kangsar, pada Sabtu.
KUALA KANGSAR: Enam muka baru antara sembilan yang mengangkat sumpah jawatan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Perak di Istana iskandariah di sini, pada Sabtu.
Mereka mengangkat sumpah jawatan dan menyimpan rahsia di hadapan Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah.
Enam muka baru ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Behrang, Datuk Rusnah Kassim; ADUN Ayer Kuning, Datuk Samsudin Abu Hassan; ADUN Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya; ADUN Belanja, Mohd Nizar Zakaria; ADUN Tualang Sekah, Nolee Ashilin Mohammed Radzi; dan ADUN Batu Kurau, Dr Muhammad Amin Zakaria.
Tiga Exco yang diantik semula ialah ADUN Kota Tampan, Datuk Saarani Mohamad; ADUN Kamunting, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid dan ADUN Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin.

Jenazah Siapa Masih Elok Ini..??
Salam 1 Bangla...Hebatnya mati syahid beb..walaupun dah 16 tahun syahid
namun masih lagi seperti mula-mula di kebumikan..gambar ialah pemuda yang
mati syahid..
Besyukurlah..BN Telah Tepati Janji Mereka.!!
Salam 1 Bangla..Bersyukurlah dan bersorak kegembiraanlah para pengundi BN terutama yang tinggal
di kampung-kampung yang meleleh air liur apabila ternampak gambar Dacing semasa ke tempat mengundi pada 5 Mei yang lalu..kini BN telah melaksanakan janji mereka sebelum PRU13 yang lalu..ini sebagai tanda ucapan terima kasih kepada pengundi BN kerana mengekalkan mereka menjadi kerajaan...Haprakkk..
Panass Beb..Ustaz Kazim "Mengamuk" Ugut Berhenti Berceramah...
“Saya terpaksa berhenti berceramah kerana bimbang sesuatu buruk menimpa keluarga. Selain dimaki hamun dalam blog dan Facebook, ada yang datang ke rumah dan pusat pengajian memberi ugutan (mahu) memukul dan membunuh saya.
“Ya, saya akan berhenti berceramah 28 November depan kerana saya kecewa difitnah dan dicerca bukan-bukan oleh pihak tidak bertanggungjawab,” kata penceramah bebas, Mohd Kazim Elias Al-Hafiz, 41, atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim.
Katanya, kesal dengan tuduhan yang dilemparkan beberapa pihak tertentu, beliau yang hampir 23 tahun berceramah di seluruh Malaysia memberi tumpuan terhadap pusat pengajiannya di Kampung Manjoi, Perak.
Ustaz Kazim (kanan).
Selain itu, menurutnya, keputusan berhenti berceramah dibuat kerana ketika ini beliau tidak berapa sihat, selain baru-baru ini berlaku satu insiden rumahnya di Ipoh, Perak apabila ada pihak cuba menyimbah cuka.
Langgan:
Catatan (Atom)