Sabtu, 5 April 2014

Pilu..Kepala Isteri Di Gilis Treler...

Menyayat hati apabila seorang wanita maut selepas kepalanya hancur digilis treler dalam kemalangan di Jalan Kuching menghala Kepong berhampiran bulatan Segambut, di sini semalam.

Lebih menyedihkan apabila suami dan abang kandung mangsa yang menerima berita sedih itu tiba di lokasi kejadian dan menangis teresak-esak di sisi mayat mangsa dalam hujan lebat.
Dalam kejadian jam 5.45 petang itu, mangsa, Nor Idayu Ab Karim, 33, yang bertugas di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Jalan Duta dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah di Taman Koperasi Polis Fasa 2, Gombak.

Pemangku Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Superintendan Mohd Fadhli Daud berkata, siasatan awal polis mendapati mangsa yang menunggang motosikal dikatakan tergelincir akibat jalan licin berikutan hujan lebat.

“Motosikal mangsa hilang kawalan menyebabkan mangsa terjatuh ke atas jalan raya di bahagian kanan lorong kiri.

“Pada masa sama, sebuah treler yang membawa muatan konkrit binaan tidak sempat mengelak lalu menggilis kepala mangsa yang memakai topi keledar hingga pecah,” katanya, semalam.
Katanya, mangsa dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah.
Ketika kejadian, hujan lebat dan keadaan jalan licin.

Menurutnya, pemeriksaan ke atas motosikal mangsa terdapat kesan calar dipercayai kesan bergesel dengan jalan raya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan