Selasa, 5 Ogos 2014

Pasti Ada Yang "Melenting" Dan "Senyum" Dengan YB Ini...


Fasal apa saya senyum ...

Saya senyum bila org tuduh ada pemimpin Pas ini akan masuk Umno. Hendak buat UG dgn Umno lah dan mcm2 lagi lah tuduhan kepada pemimpin Pas yg dia tak suka. Semuanya buruk belaka di sisinya. Seolah2 dia seorg aja yg suci dlm debu.
Fasal apa saya senyum?

1. Org yg tuduh itu pun asal drp Umno. Ertinya pernah jadi Umno lah. Sdgkan org yg dia tuduh Umno tdk pernah makan jasa Umno pun dan tdk pernah kenal borang Umno pun..malahan Pas sejak turun temurun. Walau bagaimana pun baguslah fasal dia sudah keluar Umno. Cuma jgn bawa tabiat lamalah ye.

2. Dia marah dekat Umno, sedangkan kaum keluarga dia pun masih Umno. Tapi kalau dia ajak mereka keluar Umno, mereka tak ikut juga hdk buat mcm mana. Tapi kalau dia asyik dok tuduh org itu Umno, pemimpin ini baik dgn Umno. Sdgkan kaum keluarga dia pun tak pernah ajak keluar Umno. Tapi garang bukan main dlm media sosial belasah dan tuduh pemimpin Pas itu Umno dan berbaik dgn Umno.

3. Saya senyum lagi yg belasah pemimpin Pas krn baik dgn Umno. Tapi dia pula siang malam berniaga dgn org Umno. Baguslah itu. Tak salah hdk niaga. Tapi jangan pula org yg kita tidak suka minum teh sekali dgn org Umno pun terus tuduh Umno.Kononnya hdk ajak Pas join dgn Umno. Ini yg tak patut.

4. Saya senyum krn saya kenal peribadi mereka ini. Pesanan drp pihak penaja. Kalau hdk buat tuduhan cerminkan diri dulu. Mungkin tdk semaksum Nabi SAW. Tapi cuba lihat diri agar org tidak boleh lipat balik dan pulang buah keras. Selalunya org ini nafas tdk panjang dlm perjuangan. Walau pun dia menang di media sosial. Bila mati baru tau Siapa yg sebenar menang .

Sewaktu dia hidup, tulislah apa yg dia rasa boleh tulis sehingga tangan dia kaku tdk mampu lagi untuk membuat tuduhan. Semua tulisannya menjadi saksi di akhirat nanti. Tulislah bukan siapa boleh larang dan sekat.

Hanya kematian sahaja yg boleh menyekat dia menulis.
Sekian TK harap maklum.
Ustaz Idris Ahmad

Tiada ulasan:

Catat Ulasan