Rabu, 16 Mac 2011

Tengok...Takda Kerja Cari Kerja Namanya....

Pelbagai cara bagi orang ramai mengakhiri zaman bujang dengan menjadikan majlis perkahwinan mereka sebagi satu kenangan sepanjang hayat.

Begitu juga bagi kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kulim/Bandar Baharu, Mohd. Firdaus Mohd. Saad, 25, dan pasangannya, Nur Munirah Abdullah, 23.

Mereka memilih kelainan dengan bersanding di atas treler yang ditarik oleh kenderaan milik JKR sejauh 200 meter dari Masjid Taman Selasih ke rumahnya.

Menurut Mohd. Firdaus, idea untuk berarak dan bersanding di atas treler timbul daripada rakannya, Aminurhan Ismail yang ingin melihat sesuatu yang baru dalam majlis perkahwinan.

"Pada mulanya saya rasakan idea yang dicadangkan itu tidak bersesuaian. Namun, selepas berbincang dengan bakal isteri serta keluarga, mereka bersetuju.

"Saya berasa amat teruja apabila melihat treler itu dihias sebegitu cantik seperti pelamin dan akan menjadikan kenangan seumur hidup," katanya ketika ditemui pemberita, semalam.

Sementara itu, Munirah memberitahu, dia tidak menyangka persandingan atas treler itu menjadi kenyataan memandangkan menyangka ia satu majlis melucukan pada peringkat awal.

"Namun apabila difikirkan semula, majlis ini hanya sekali sahaja dan akan menjadi kenangan. Oleh itu, saya dan keluarga tiada halangan," katanya yang bekerja di sebuah syarikat guaman.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan