Khamis, 7 Ogos 2014

Berakhir Sudah Satu "Penantian"...

Merujuk kepada Fasal 3 Perlembagaan PAS, bahawa dasar PAS ialah Islam, dan Fasal 6(2) bahawa antara usaha PAS adalah "memperjuangkan Islam sebagai aqidah dan syariat serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara" ,

Maka, Majlis Syura Ulamak PAS yang telah bersidang pada 9 Syawal 1435 bersamaan 6 Ogos 2014 di Kota Bharu telah membuat keputusan berasaskan hukum syarak dan melihat kepentingan rakyat yang mesti mendahului kepentingan individu dan parti seperti berikut:

"Bahawa jawatan Menteri Besar Selangor adalah hak bersama yang telah dipersetujui oleh ketiga-tiga parti komponen Pakatan Rakyat untuk meneruskan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar di Selangor bagi penggal kedua selepas Pilihanraya Umum ke-13. Maka selagi tidak disabitkan sebarang pelanggaran terhadap amanah yang mewajarkan Menteri Besar itu digugurkan, Majlis Syura Ulamak PAS memutuskan untuk mengekalkan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Jika sekiranya ada pertuduhan yang disabitkan bersalah kemudiannya oleh pihak yang berautoriti seperti SPRM atau Mahkamah maka Majlis Syura Ulamak bersedia untuk menilai kembali kedudukan beliau.

Majlis Syura Ulamak menegaskan sekali lagi bahawa PAS akan tetap istiqamah dengan dasar dan prinsip perjuangan Islam sebagaimana yang termaktub di dalam perlembagaannya dan terus memberi komitmen bersama Pakatan Rakyat .

Datuk Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat
Al-Mursyidul Am, Parti Islam Se-Malaysia
Datuk Dr Haron Din
Timbalan Al-Mursyidul Am, Parti Islam Se-Malaysia

7 ulasan:

  1. PAS di lihat tidak konsisten dlm hala tuju perjuangan nya skg...bila di rujuk pencalunan PAS di Kota Damansara melawan PKR atau yg mengwakili PR lain..ia bercanggah dgn persetujuan awal PR..sebab musabab di letakan calun kerana individu yg menjadi calun PKR tidak Islamik..jadi PAS menentang habis habisan akhir nya UMNO.menang

    Dalam setengah keputusan PAS mahukan kuasa melalui pilihan raya..maka bersatu dlm PR yg mengwakili berbagai parti dn bangsa...bertolak ansur wpn berbeza pandagan dan politik yg di bawa..

    Jadi arah mana perjuangan PAS ? yg di khuatiri..perjugan PAS hari ini mengikut telunjuk Ayam...hi hi Din Ayam....kot...

    BalasPadam
  2. aku tak faham lah Majlis Syura Ulamak ni terdiri dari orang-orang yang cerdik dan faham tentang pentadbiran sebuah negeri ke tidak.....diaorang ni tak baca ke laporan tentang sebab mengapa MB Khalid perlu diganti setebal 24 muka surat yang dikirim oleh SU PKR tuu....jangan sampai aku keluarkan perkataan bodoh wal banggang sudah lah!.

    BalasPadam
  3. Aku lg heran dengan spesis yg sama dengan UMNO.... Kata rupa dah lain tapi baunya tetap UMNO... Bila dah berbeza pendapat dengan spesis ni... Jangankan nak hormat.... Kalau boleh nak ditelanjang terus kawan sendiri... Para spesis ini TSKI dan PAS amat buruk dan busuk.... Lupa segala jasa... PKR mungkin lupa ragam mereka lepas PRU12 dulu... Lompat parti... Tikam belakang.... Masa tu tak reti malu.... Tu belum cerita tentang berebut pangkat dan jawatan.... Kes pemilihan parti dan lain2... Galak sangat berkokok Dato Saifuddin tu... sesekali tengok ekor kat belakang.... Belengasnya

    BalasPadam
  4. “Di Malaysia, politiknya mudah sahaja, tidak perlu belajar tinggi-tinggi, siapa yang disokong oleh Utusan Malaysia dan TV3, itu bermakna orang itu adalah orang jahat.

    “Takkan kamu semua tidak faham-faham lagi, kalau musuh kita memuji kita, ada maknanya tu,”..BAK KATA ALLAHYARHAM USTAZ FADZIL NOOR "MUSUH BILA DIA SOKONG KITA, MESTI ADA YG TAK KENA"

    Jika pihak RTM, TV3 memuji Khalid, bermakna Khalid itu orang jahat.
    “Kalau RTM puji Tony Pua, itu bermakna Tony Pua telah memegang kerajaan,”

    BalasPadam
  5. KALAU pas MEMUJI KHALID?.....lu pk lah sendiri...kah kah kah

    BalasPadam
  6. Amboi sedap nye ko kata org jahat...bila nk jatuhkn org smua org kau kata jahat...yg ikut sgala telunjuk dan agenda korg utk merebut jawatan itu lah yg baik...puiii pkr..masalah parti sndiri pn x settle2 nk kata kt parti org...prangai pkr pn mcm umnooo nk tuduh pas plak yg tali barut umno..huduhnya pkr nie..baru skrg aku sedar..bru dpt jawatan skit dh kecoh nk jatuh kn org...senang2 je korg tuduh org ada masalah rasuah bagai..! Sedar la diri skit pkr oiii...yg byk khianati amanah tkt tue siapa!!

    BalasPadam
  7. ASSALAMU'ALAIKUM.WR.WB.
    ALHAMDULILLAH..!!
    saya bersyukur kpd Allah SWT.
    atas keberhasilan PENARIKAN UANG
    GHAIB.setelah melalui proses panjang &
    sangat sangat beresiko,dgn izin Allah
    alhamdulillah uang ghaib akhirnya berhsil
    kami keluarkan dgn jumlah yg luar biasa.
    UANG GHAIB INI PENAWARAN TERBARU DARI KAMI.
    setelah uang balik (UB) sudah terbukti keberhasilanya,
    dan sehubungan banyaknya orang yang menginginkan hal ini
    ( UANG GHAIB ), kami sanggup memproses penarikan UANG GHAIB,
    dngan catatan:
    1.masalah utang piutang (JUMLAH BESAR)
    2.tidak untuk memperkaya diri
    3.sanggup menyiapkan satu ekor sapi jantan,(sebagai pengganti tumbal)
    --------------------------------------------------
    bagi anda yang BENAR-BENAR SERIUS dalam hal ini.....
    silahkan menghubungi (PAK SUGENG ) DI NMR
    ( 082-315-999-679 )
    atau Atau klik disini
    Atau mau di bantuh togel 2D 3D 4D 5D 6D di jamin 100% tembus

    BalasPadam