Rabu, 26 Mei 2010

Memorandum Perkasa Tak Kesampaian...

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) semalam membatalkan hasrat untuk menyerahkan memorandum kepada Sime Darby ekoran kerugian hampir RM1 bilion dialami oleh konglomerat itu.

Memorandum yang mendesak agar semua ahli lembaga pengarah meletakkan jawatan sepatutnya diserahkan hari ini.

Ketua Wiranya, Arman Azha Abu Hanifah berkata keputusan itu dibuat setelah berbincang dan menerima pendapat daripada semua pihak.

“Setelah berbincang dengan akar umbi dan pandangan pihak luar kita mengambil keputusan untuk membatalkan hasrat ini kerana berpendapat usaha ini hanya sia-sia.

“Kita percaya memorandum ini tidak akan sampai di peringkat atasan Sime Darby, jadi daripada membuang masa lebih baik kita batalkannya,” katanya kepada The Malaysian Insider ketika ditemui di pekarangan ibu pejabat Perkasa dekat sini.


Juragan : usaha sia-sia ke..???..atau sudah kena warning maa... sebenarnya Pekasa sudah jadi Pekakas Aje..kuah3

3 ulasan:

  1. Alasan je tu. padahal penakut!

    BalasPadam
  2. pandangan pihak luar..??? hahaha.. dah kena sound dgn umno ler tu... dengar alasan deme je pun dah tau apa citer sebenar.. hahahaha.. senang betul..

    BalasPadam
  3. Sah penakut le tu

    BalasPadam