Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali yang mempengerusikan kongres ekonomi Majlis Perundingan Melayu (MPM) menyampaikan pendirian orang Melayu dan Bumiputera pada majlis penutup program itu yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini malam tadi.
Najib merupakan tetamu utama dan menerima usul kongres tersebut.
“Datuk Seri, saya sedih untuk mengatakan, kongres telah menolak (rangka awal) Model Ekonomi Baru,” kata Ibrahim (gambar) ke arah Najib, juga Presiden, yang kelihatan dengan serius menerima pandangan itu.
Ibrahim meluahkan pandangan itu ketika tinggal kurang dua minggu sebelum laporan penuh MEB diumumkan,
Najib, yang juga Menteri Kewangan, dijadual membentangkan laporan penuh MEB bersama Rancangan Malaysia Ke-10 pada 10 Jun ini.
Pada majlis penutup Ibrahim juga mengemukakan resolusi yang dicapai pada kongres itu yang bersidang sejak pagi semalam.
Ini kali pertama MPM mengadakan kongres seumpama itu sejak Najib mengumumkan laporan awal pada akhir Mac lalu.
Kongres MPM meluluskan resolusi 31 perkara, antara lain mendesak agar tindakan afirmatif diambil untuk mempertahankan kepentingan orang Melayu dan Bumiputera.
“Kongres berlangsung dengan panas. Jika saya tidak mengubah teks ucapan saya, ia boleh dilihat sebagai satu bentuk undi tidak percaya terhadap Datuk Seri),” katanya.
“Sudah pasti ini adalah situasi di mana media arus perdana atau blog akan meletakkan tekanan ke atas Perdana Menteri untuk memecat saya tetapi saya tidak kisah kerana saya bukan dalam kerajaan ataupun ahli Umno,” kata beliau yang pernah dipecat dari Umno.
Kebanyakan peserta kongres itu mengecam MEB dan Majlis Penasihat EKonomi Kebangsaan (NEAC) yang merupakan peneraju jawatankuasa yang merangkanya dengan menyifatkan mereka telah mengkhianati kontrak sosial yang mengiktiraf hak ekonomi orang Melayu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan