Isnin, 24 Mei 2010

Samy Vellu Pecat Lagi...

MIC hari ini memecat dua orang ahli Jawatankuasa Kerja MIC (CWC) K.P Samy dan G. Kumar kerana menentang pucuk pimpinan parti.

Menurut sumber terdekat parti itu, kedua-dua ahli berkenaan dipecat kerana meminta presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu meletak jawatan tahun ini demi kepentingan masyarakat.

Sementara itu, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis terhadap kumpulan Gerakan Anti Samy Vellu (GAS) kerana bimbang kumpulan berkenaan akan memecahbelahkan perpaduan masyarakat India di negara ini.

Menurut Presiden Persatuan Pembangunan dan Pencegahan Jenayah Kuala Lumpur dan Angkatan Sukarelawan Anti-Dadah,S. Jeevan Ramamurthy, beliau membuat laporan kerana GAS telah mengedarkan sekeping cakera padat (CD) yang memburuk-burukan Presiden MIC, Datuk Seri Samy Vellu.

“Kami bimbang kandungan video berkenaan akan merosakkan dan menghasut orang ramai supaya membenci Presiden MIC yang mana ia akan menyebabkan pergolakkan yang serius dikalangan masyarakat India di negara ini,” katanya selepas membuat laporan di Balai Polis Brickfileds di sini pada pukul 2 petang tadi.

Beliau berharap polis menjalankan siasatan terhadap kandungan video dan mengambil tindakan terhadap pihak yang bertanggungjawab mengedarkan CD berkenaan.

Jeevan turut menggesa pihak polis mengambil tindakan terhadap kumpulan berkenaan sekiranya mereka berdegil untuk mengadakan perhimpunan tanpa permit yang dijadualkan berlangsung pada 30 Mei ini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan