Isnin, 31 Mei 2010

Terkiniii..Ahli Pas Beramai-ramai Sertai Umno Di Alor Binjai..

Seramai 18 orang ahli PAS di Alor Binjal di sini bertindak keluar parti itu dan memohon menyertai UMNO setelah sedar bahawa PAS gagal membawa sebarang perubahan kepada rakyat walaupun kini berkuasa menerajui kerajaan Kedah.

Majlis penyerahan borang menyertai UMNO itu diadakan pada mesyuarat UMNO cawangan Alor Binjal di sini pada Ahad. Selain borang daripada 18 anggota PAS itu, turut diserahkan ialah 12 borang ahli baru.

Bekas anggota PAS Alor Binjal, Majid Seman, yang menyerahkan borang-borang itu kepada Timbalan Ketua UMNO Bahagian Alor Setar Guntor Tobeng Mansor Tobeng, berkata mereka mengambil keputusan menyertai UMNO selepas melihat PAS gagal menerajui kerajaan negeri dengan berkesan selain kecewa dengan sikap pemimpin PAS kawasan berkenaan yang tidak mempeduli nasib rakyat.

"Kesusahan penduduk dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Alor Mengkudu ini tidak dipedulikan oleh wakil rakyat kawasan ini. Pemimpin PAS gagal berbakti kepada rakyat," katanya.

Guntor Tobeng pula berkata penghijrahan anggota PAS kepada UMNO membuktikan orang ramai semakin sedar terhadap kelemahan kerajaan negeri.

"Selepas dua tahun memerintah Kedah, kelemahan kerajaan negeri sekarang terlalu ketara, dan banyak masalah rakyat gagal diselesaikan," katanya

juragan : Wa ingatkan 180 atau 1800 orang..18 orang pun Umno
nak kecoh sampai masuk surat khabar..Ahli Umno melambak masuk Pas,
Pas tak kecoh pun...Utk Yang menyertai Umno kami akan talkinkan dengan
ayat "Dari Umno Kamu
Datang Kepada Umno Kamu Kembali..kuah3

1 ulasan:

  1. pokku(putrajaya)31 Mei 2010 4:37 PTG

    betollah tu...puok2 umNO dari kecik sampai ko besar...

    BalasPadam