Rabu, 2 Jun 2010

Dakwaan Terdapat Upacara Telan Air Ludah Ustaz..???

Siasatan awal mendapati dakwaan bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin kononnya terdapat upacara telan air ludah penceramah di sebuah masjid di Selangor beberapa bulan lalu adalah tidak benar.Sebaliknya, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Datuk Muhammad Khusrin Munawi berkata apa yang berlaku hanya sesi meminum air zam-zam yang dikongsi antara jemaah dalam satu cawan bersama penceramah berkenaan.

"Tidak wujud upacara yang didakwa, sebaliknya ia hanya air zam-zam yang dikongsi antara mereka," katanya kepada pemberita di Shah Alam hari ini.

Beliau berkata amalan yang sama turut berlaku ketika zaman Nabi Muhammad SAW di mana para sahabat berkongsi meminum susu di dalam satu gelas yang sama.

Sehubungan itu, Muhammad Khusrin berkata siasatan lanjut akan dijalankan termasuk menyoal siasat seorang lagi saksi iaitu kariah masjid itu dan sekiranya sah upacara berkenaan tidak terlibat, Mohd Asri boleh didakwa.

Beliau berkata dakwaan terhadap Mohd Asri boleh dilakukan kerana menyebarkan dakwaan palsu melalui kenyataan yang dibuat olehnya mengikut Enakmen Tata Cara Jenayah Syariah 2003 di bawah Seksyen 211.

"Kita juga akan memanggil Mohd Asri untuk meminta penjelasan daripadanya," katanya.

1 ulasan:

  1. Maaf cakap, Asri tu dicanang sebagai ahli hadis dikalangan pengikut dia tapi hakikatnya adalah sebaliknya...mungkin dia tidak pernah jumpa hadis musalsal memberi lebihan minuman kepada sahabat2 dari satu bekas...dikalangan ahli hadis yang haqiqi mereka meriwayatkan hadis ini beserta memberi minumam kepada murid mereka...kesian Asri terpaksa konar-konar untuk menegakkan benang yang basah..

    BalasPadam