Itu pendedahan Ketua Misi Life Line For Gaza (LL4G), Noorazman Mohd Samsuddin berikutan penemuan beberapa bukti daripada tiga anggota komando Israel yang berjaya ditahan semasa insiden serangan tentera rejim Yahudi ke atas Mavi Marmara Isnin lalu.
Katanya, penggunaan peluru getah itu adalah alasan semata-mata kerana terdapat bukti komando rejim memang berniat membunuh pihak tertentu yang ada di atas Mavi Marmara.
"Saya ada bukti yang mereka mempunyai niat untuk membunuh. Menggunakan peluru getah hanya sebagai alasan sahaja.
"Mereka mempunyai senarai nama yang mereka mahu bunuh sebelum naik ke kapal. Kami telah menahan tiga anggota tentera dan apabila kami melakukan pemeriksaan, kami temui senarai nama berserta gambar orang-orang yang mereka mahu bunuh.
"Sesetengah daripada mereka ialah tokoh Turki dan antarabangsa... tokoh-tokoh penting dunia. Kami tidak termasuk dalam senarai sebab itu kami tidak ditembak.
"Kami hanya orang biasa. Salah seorang media Turki yang ditembak memang ada di dalam senarai itu," ceritanya kepada pemberita bagi berkongsi pengalaman ketika ditahan tentera Israel di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini sebaik tiba di tanah air awal pagi ini.
Juragan : Mungkinkah Sukarelawan Yang Negara Mereka ada hubungan dengan APCO dikecualikan..?? sendiri pikir bro....
Itulah kelebihan bersengkongkol dengan Yahudi..kah3
BalasPadamterfikir jugak mcm tu..apa2 pun alhamdulillah rakyat kita selamat tapi dalam masa yang sama kita bersedih kerana tujuan utama memberi bantuan kepada palestin tidak kesampaian.semoga Allah memberi perlindungan kepada mereka dan hapuskan Israel laknat dan sekutu2nya.
BalasPadamisrael/zionis tu sampai kiamat pon takkan dapat dihapuskan..... sebabnya, dimalaisie ni walaupon israel tulin tak ada tapi penyokong dan pelindung yang bersubahat dengan israel ada!!! so kalau nak kurangkan, boleh kot rasanya... bunuh dulu yang kat malaisie ni.
BalasPadam