Ahad, 6 Jun 2010

Kantoii..Rasuah RM3

Sogokan rasuah RM3 kepada penjawat awam antara rasuah terkecil dikesan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi tempoh lima bulan pertama tahun ini. Pengarah Siasatan SPRM, Mustafar Ali, berkata sogokan terkecil itu dilakukan pendatang asing tanpa izin dan dia antara 109 pemberi rasuah yang ditahan membabitkan nilai suapan lebih RM272,000.


Beliau berkata, sogokan tertinggi RM35,000 dan terkecil RM3 yang dilakukan warga asing terbabit.Menurutnya, sepanjang Januari hingga Mei tahun ini, pihaknya menahan 28 warga asing termasuk tujuh warga Singapura yang memberi sogokan bagi mengelak dikenakan tindakan kerana melakukan kesalahan lalu lintas.


“Bagaimanapun, hasil kerjasama semua pihak khususnya pegawai penguat kuasa, mereka berjaya ditahan SPRM,” katanya, semalam.Beliau berkata, mengikut pecahan rasuah yang dilakukan, 35 kes membabitkan pemberi rasuah yang melakukan kesalahan lalu lintas, pendatang asing tanpa izin atau permit kerja (28 kes); dadah (13); menutup kes jenayah (7); masing-masing enam kes tidak menyita kenderaan dan pembalakan haram, kes curi.


“Bukan itu saja, empat kes pula bagi mempercepatkan proses kerja, lesen perniagaan (3) dan cakera video digital (1).

Juragan :RM3 kantoiii..RM3 Juta..lepasss...baguihh.."Negaraku Aman"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan