Pemuda Umno beria-ria mahu ulamak muda memainkan peranan bagi memantap Umno dan memartabatkan Islam di negara ini(klik).Barang diingat,sudah ramai ulamak yang dianggap hebat menyertai umno tetapi hanya seperti air lalu dalam Umno apabila mereka tidak mampu melakukan sesuatu untuk memertabatkan islam,cuma yang mampu mereka lakukan ialah memertabatkan periuk nasi dan jawatan mereka.
Kemana perginya,Dr. Yusof Noor,Hamid Osmang,Ustaz nakaie (Yang ingin mendakwah Umno dari dalam) sudahnya ustaz nakaie tenggelam dan hanya sesekali menjadi ulamak burung balam,bercakap bg pihak umno apabila ada sesuatu isu yang berkaitan dengan Pas.
Kesemua mereka dianggap ulamak Otai,namun hanya dipergunakan oleh Umno.Kini...Ulamak mentah yang tidak belajar kitab "Politik" tak semena-mena terjun dengan labu-labunya ke dalam Umno yang memang membenci ulamak selama ini,dengan menahan dan menghalang majlis-majlis ilmu yang mahu disampaikan oleh para ulamak di masjid-masjid.
Ulamak ialah orang yang benar-benar beramal dengan ilmu mereka tanpa gentar dan takut dengan manusia untuk menyampaikan islam sesuai dengan sunnah Rasullullah dalam penyebaran islam sehingga diugut,dihina,diseksa semata-mata menyampaikan amanah Allah agar mencegah kemungkaran yang dilakukan oleh penguasa (kerajaan) dan mentarbiyyah masyarakat kearah kebaikan islam tanpa rasa gentar.
Oleh itu,fahamilah sejarah dan sirah rasulullah..jangan sampai ulamak ini dijadikan ulamak remote control hanya diberikan peranan oleh umno dalam majlis tahlil dan majlis kebesaran islam.
Mampukah mereka hanya melihat dan berdiam diri apabila melihat aurat yang didedahkan oleh isteri para pimpinan umno,seperti isteri Khairi,Hisahmuddin dan Najib dan mampukah ulamak ini hanya mendiamkan diri dengan program maksiat anjuran Parti Pemerintah pada malam 31 Ogos dan Malam tahun baru.
Lesen judi yang bertambah,hubungan baik BN dengan Yahudi,Kilang arak yang semakin hari semakin bertambah,pusat pelacuran dan Gay yang tumbuh melata,penyelewengan,rasuah,salahgunakuasa, dan penghinaan terhadap hukum islam yang menjadi budaya pimpinan Umno,sister in islam disuburkan utk menentang islam yang dianggap kolot oleh anak-anak pimpinan umno.
Juragan : Gambar kat atas tuu...Pertandingan Bina Badan Wanita yang dianjurkan oleh puteri Umno suatu ketika dulu...Mampukah Ulamak muda bersuara ke atas program mungkar ini kepada pimpinan Umno..??? atau hanya menjadi "Syaitan Bisu"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan