Ahad, 20 Jun 2010

Kontroversii...Kenyataan Pelik Hakim, Pecahkan "Tembelang" Pimpinan Umno..

Pelik tetapi Benar itulah yang terjadi ke atas MP Tian Chua apabila kes "gigit polis" yang sepatutnya dikenakan penjara 6 bulan dan denda RM3000,tiba-tiba dikurangkan atas alasan yang memalukan sistem Perundangan Negara yang kini dicontrol mengikut selera Pimpinan Umno.Barang diingat keputusan mahkamah akan diubah sekiranya sesuatu yang akan diputuskan oleh Mahkamah itu akan merugikan Umno.

Jika berlakulah PRK,maka banyak isu-isu yang akan didedahkan pimpinan PR.Salah satu isu yang paling ditakuti oleh Najib ialah Kelulusan Lesen judi Bolasepak dan APCO.

Kontroversi itu bertambah panasss apabila Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ghazali Cha dalam penghakimannya, kelmarin, berkata hukuman dikurangkan bagi mengelakkan pilihan raya kecil diadakan.

Bagaimanapun, Karpal berpendapat Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan secara jelasnya menyatakan seseorang Ahli Parlimen hilang kelayakannya jika disabitkan kesalahan dan dihukum penjara setahun atau didenda RM2,000 atau lebih, serta tidak mendapat pengampunan.

“Mengikut Perkara 53 Perlembagaan Persekutuan pula, seseorang Ahli Parlimen hilang kelayakan serta-merta jika dia tidak merayu keputusan mahkamah itu dalam tempoh 14 hari.

“Sekiranya Tian Chua hendak mengemukakan rayuan, beliau perlu mendapatkan kebenaran terlebih dulu daripada Mahkamah Rayuan, tetapi hendaklah berdasarkan kepada persoalan undang-undang dan bukan untuk mengetepikan hukuman,” katanya ketika ditemui di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini, semalam.

Mengambil satu contoh kes sama pada 1975, Karpal berkata, Ahli Parlimen DAP Fan Yew Teng bagi kawasan Menglembu (ketika itu) yang dihukum penjara enam bulan dan didenda RM2,000 selepas disabitkan kesalahan mengikut Akta Hasutan, terpaksa mengosongkan kerusinya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan