Sabtu, 19 Jun 2010

Pemuda Umno Tunjuk "Belang" atau "Tembelang"

Pergerakan Pemuda Umno mengingatkan bekas Menteri Kesihatan, Datuk Chua Jui Meng supaya berhenti menuduh parti itu sebagai dalang sehingga menyebabkan beliau dititahkan memulangkan pingat kebesaran kepada Istana Johor.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamauddin menegaskan, Jui Meng perlu berhenti dari membuat tuduhan liar itu kerana Istana Johor telah pun menyatakan bahawa tindakan itu adalah hak mutlak Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.

"Saya harap beliau berhenti membuat tuduhan kerana kuasa Sultan mengatasi politik. Perbuatannya sebenarnya menghina Istana Johor," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pemuda Umno Bahagian Bandar Tun Razak di sini hari ini.

Beliau mengulas pendirian Jui Meng yang juga Ahli Majlis Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebelum ini yang tetap mendakwa bahawa tindakan Istana Johor mengarahkan semua pingatnya dipulangkan didalangi Umno.

Pada satu sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR pagi tadi, beliau memberitahu akan mengembalikan bukan sahaja dua tetapi kesemua tiga darjah kebesaran yang dianugerahkan kepadanya kepada Istana Johor sambil menegaskan semua ini gara-gara tindakan Umno.

Katanya, selain darjah kebesaran Datuk Seri Paduka Mahkota Johor (SPMJ) dan Datuk Paduka Mahkota Johor (DPMJ), yang kedua-duanya membawa gelaran “Datuk”, beliau turut menerima Pingat Ibrahim Sultan (PIS) oleh Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail ketika beliau berkhidmat dengan kerajaan.

Beliau dimaklumkan Setiausaha Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abd Rahim Ramli mengenai penarikan balik darjah kebesaran itu menerusi telefon pada 8 dan 10 Jun manakala surat rasmi mengenainya dikirimkan kepadanya pada 15 Jun.

Juragan : Dengan bersuaranya KJ menunjukkan Umno memainkan peranan dalam drama bersiri ini..maka terserlah la "Tembelang" mereka.

2 ulasan:

  1. Kepada Datuk Chua Jui Meng,
    Jangan sesekali gerun dan takut dengan gertak dari puak- puak UMNO pengkhianat ini.
    Pejuang sebenar tidak memerlukan pingat dan takhta.Ingat...Martin Luther King, Gandhi dan Mandela adalah pejuang- pejuang yang tidak pernah menerima sebarang pingat..
    Biarkan Umno yang korup dan biadap mampus bersama pingat- pingat keagungan mereka..
    Cetusan Hati..
    Drebar Lori
    " Tanpa seurat benang aku datang, tanpa seurat benang aku pulang"
    LAWAN TETAP LAWAN.

    BalasPadam
  2. Gua sokong 200% Drebar Lori...Wa caya sama lu..
    Jangan jadi Puak Umno yang berjuang hidup dan mati kebuloq Kuasa,Harta dan Wanita..Last sekali lubang kuboaq..

    BalasPadam