Isnin, 28 Jun 2010

Presiden MCA Beri Amaran Kepada Umno...

Barisan Nasional (BN) terutamanya pimpinan Umno,digesa supaya memberi layanan sama rata terhadap semua parti komponen sebagai bukti bahawa konsep perkongsian kuasa sentiasa diamalkan dan bukan hanya dijanjikan pada pilihan raya saja, kata Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Katanya, BN perlu bekerja sebagai sebuah pasukan dan setiap aktiviti dijalankan perlu membabitkan semua parti

“Tiada keputusan yang sepatutnya dibuat oleh satu pihak (Umno) saja dan yang lain hanya mengikut. Tindakan sedemikian tidak memaparkan semangat BN yang sentiasa bekerjasama dan saling memahami

Pemimpin BN terutamanya Umno perlu sedar landskap politik kini sudah berubah dan rakyat menjadi lebih sensitif dengan hak mereka," katanya

Sementara itu, beliau berharap supaya semua pemimpin BN menghentikan pertelagahan secara terbuka termasuk melalui media. “Setiap pemimpin perlu sentiasa menghormati antara satu sama lain dan mendukung semangat setia kawan,”katanya.


Juragan : BN kini Retak Menanti Blahhhh...Umno Umpama Pipih
di luar Runcing didalammm....

2 ulasan:

  1. Dimanakah ketuannan Melayu ?

    BalasPadam
  2. Ketuanan Melayu ada pada huruf N dan M....
    Kerna dgn huruf N dan R lah ketuanan melayu bergema di dalam masyarakat yang cetek pemikiran...
    Coba huruf N dan M digantikan dengan A dan H...apa akan jadi...
    Lu org boleh buat andaian sendiri...
    hahaha..santai brader..

    BalasPadam