Isnin, 5 Julai 2010

Fuhh...Dedah Bersyarat.!!

Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPT) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim meletakkan syarat kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein jika mahu beliau menjelaskan mengenai hubungannya dengan pengendali portal berita Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin.

Zaid berkata, beliau hanya akan membuat penjelasan mengenai perkara berkenaan jika ia dilakukan di tempat terbuka yang boleh disaksikan oleh orang awam.

"Hishammuddin mahu supaya saya membuat penjelasan... saya sedia untuk itu jika beliau mahu bertemu saya."Tapi saya mahu pertemuan itu di buat di tempat awam," katanya kepada mStar

Zaid berkata demikian sebagai mengulas mengenai kenyataan Hishammuddin bahawa beliau mempunyai 'kewajipan moral' untuk menjelaskan mengenai hubungannya dengan Raja Petra.

Bagaimanapun Hishammuddin berkata, Zaid tidak terikat dengan peruntukan undang-undang sama ada mahu membuat penjelasan ataupun tidak.

Selain itu menurut Zaid yang juga bekas calon PKR bagi pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor berkata, beliau mahu pertemuan itu diadakan di tempat terbuka bagi memastikan orang awam mendapat maklumat secara terus.

"Masyarakat boleh dengar maklumat terus daripada saya," katanya.


Juragan : Umno ada Beraniii..???



1 ulasan: