Sabtu, 17 Julai 2010

Fuhh...Umno kaki Pembohong - Khalid Samad


Dalam satu ceramah malam tadi di Ipoh,YB Khalid Samad menyatakan bahawa Kerajaan BN hanya pandai melakukan pembohongan,Mengapa mereka (Umno) tidak mampu melakukan sesuatu untuk membawa kes "Pasir Bedengung" di Selangor kepada SPRM,Polis atau Peguam Negara.Ini kerana kerja-kerja mengorek pasir yang di hebohkan oleh media haprak Umno di Selangor beberapa hari ini mempunyai lesen yang sah.

Mereka hanya terpekik terlolong umpama terkena "Sawan" di media massa arus perdana semata-mata ingin menampakkan kepada rakyat selangor berlaku penyelewengan dan kelemahan pentadbiran Selangor yang ditunjangi oleh YB Khalid Ibrahim.Sedangkan kerajaan Selongor dapat mengurangkan kawasan pengorekan pasir dalam masa tiga tahun pentadbiran PR di Selangor berbanding semasa pentadbiran BN dulu.

Semasa di dalam sidang DUN,terdapat wakil BN bangun,dan dengan lantang menempelak YB Khalid Ibrahim kerana menjadikan Selangor Negeri Berlubang,Maka jawab salah seorang ADUN PR,perkara itu dilakukan supaya suatu hari nanti senang kerajaan PR Selangor menanam Umno.

Mengikut laporan,jumlah cukai yang dikutip setiap tahun semasa pentadbiran BN lebih kurang 1.5 juta bagi hasil pasir ini,tetapi kini..semasa PR mentadbir hasil kutipan meningkat kepada 4.6 juta setahun.Inilah kecekapan dan ketelusan pentadbiran kerajaan BN pimpinan Khir Toyo Ayoyo...Hampehhh

1 ulasan:

  1. nama pun lombong pasir tentulah berlubang....kalau cari pasir atas tanah rata bukan namanya perlombonhang...apa ..perak tak berlubangkan....melombong bijihtimah..dulu kala...kalau PR masih perintah perak...teruk PR kerana belasah sebab negeri berlubang...wal hal kerja orang lain...

    BalasPadam