Sabtu, 10 Julai 2010

Segalanya Telah Berubah - Zambry Abd Kadir

Barisan Nasional (BN) perlu menggunakan pendekatan baru ke arah mendapatkan semula sokongan rakyat, sekali gus memastikan gagasan itu terus relevan untuk menerajui pemerintahan negara, kata Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Beliau berkata semua anggota, terutamanya pemimpin BN perlu belajar dan memahami semula landskap politik negara yang kini telah berubah sama sekali.

"Landskap politik negara kini telah berubah dan tidak serupa lagi dengan keadaan di masa yang lalu. Justeru, saya menggesa semua ahli dan pimpinan parti BN supaya dapat mengkaji dan memahami landskap politik pada masa kini kerana segalanya telah berubah dan perlukan pendekatan baru dengan menukar metodologi lama yang telah ketinggalan," kata Zambry yang juga Pengerusi BN Perak.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Lumut di sini hari ini, beliau berkata BN juga perlu melakukan transformasi dengan memperluaskan gandingan muka baru dan lama bagi memberi keyakinan kepada rakyat pada pilihan raya umum akan datang.


Juragan : Metologi baru ialah...Rasuah ADUN lompat parti..




1 ulasan:

  1. suka hati hang la zambery oi! hang nak kata apa pun orang peduli apa. hang kena perati perangai anak buah hang tu dulu. terlalu ramai yang kaki bodek.

    BalasPadam