Beliau berkata, Guan Eng seolah-olah tidak mengetahui peranan Jabatan Pembangunan Persekutuan kerana sejak beberapa minggu lalu mengkritiknya secara melulu berhubung tiga projek di bawah kerajaan negeri.
Projek berkenaan ialah gerbang Taman Botani, projek Kereta Api Bukit Bendera dan isu berkaitan kecurian pasir di Balik Pulau.
"Sebagai kakitangan awam, saya bersabar supaya tidak memberikan kenyataan balas.
"Bagaimanapun Guan Eng secara berterusan menyerang peribadi serta mencemarkan reputasi saya sebagai penjawat awam... saya perlu mempertahankan diri," katanya dalam kenyataan yang diedarkan pada sidang media mengenai isu curi pasir di sini pada Isnin.
Serangan terbaru Guan Eng ke atas Nik Ali berpunca daripada kes kecurian pasir di tapak cadangan membina politeknik di Balik Pulau, apabila Ketua Menteri menuduhnya tidak profesional, tidak kompeten, pengecut dan patut dipecat.
Tuduhan itu dibuat semata-mata tanah berkenaan milik Kerajaan Pusat, sedangkan aspek pemantauan adalah di bawah agensi kerajaan negeri.
Sebelum ini, Guan Eng juga didakwa mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Nik Ali ketika majlis pelancaran projek Kereta Api Bukit Bendera dengan menuduh tidak disediakan tempat duduk untuknya.
Guan Eng juga didakwa menyalahkan Nik Ali berhubung keputusan Kerajaan Pusat merobohkan dua gerbang Taman Botani di sini, dengan menuduhnya sebagai membazirkan wang kerajaan sedangkan projek itu dilaksanakan agensi kerajaan negeri iaitu Jabatan Pengairan Saliran dan Jabatan Taman Botani.
Nik Ali berkata, kenyataan Guan Eng kononnya beliau tidak kompeten, tidak profesional, pengecut dan patut diberhentikan serta-merta adalah amat biadab dan tidak sepatutnya dilemparkan oleh seorang Ketua Menteri.
"Dia berterusan minta saya letak jawatan, tindakannya menyerang SDO telah merendahkan statusnya sebagai Ketua Menteri," katanya.
Juragan : Sebagai Ketua Menteri,Guan Eng selama ini dilihat oleh rakyat PP seorang yang profesional dan beradab dalam berurusan dengan rakyat dan orang bawahannya..Tetapi sekiranya Nik Ali menjadi "Barua" bagi Umno dalam menghalang segala kelicinan pentadbiran PP,Usahkan Guan Eng,kalau wa jadi Ketua Menteri PP lagi teruk wa maki dengan lu..Hampehhh
Elok sangat dia blah dari Penang tu. Ramai dah mula curiga KT awam. tambah lagi yang ada pangkat yang diatas tu.
BalasPadamNik Ali ni dulu dok kacau tok guru kat kelantan...
BalasPadamMai Penang nak cuba cara sama kat Guan Eng...
Lu halau aja berok ni Guan Eng
la berok rupenye nik ali ni..hahahahaha
BalasPadamTak baik panggil org beruk...
BalasPadamApa ni biasanya dlm sejarah islam orang marah khalifah...ni khalifah marah org...something wrong
BalasPadam