Isnin, 19 Julai 2010

Terjahhh...SPRM Akui Umno "Politikkan" Isu Pasir Selangor...

Sambil mengakui bahawa isu pasir di Selangor sedang dipolitikkan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menegaskan, pihkanya kini meneliti segala perkara yang ditimbulkan media sejak kebelakangan ini.

Sehubungan itu Pengarah Siasatan SPRM Mustafar Ali memberitahu, pihaknya akan menyiasat elemen rasuah tanpa menunggu laporan rasmi daripada mana-mana.

“Apa yang ditimbulkan oleh media, kita tidak diam... kami (juga) tidak menunggu sesiapa membuat laporan kepada kami... tak perlu tunggu laporan dibuat,” kata beliau ketika ditemui selepas Forum Konsep dan Kesan ESQ Ke Atas Pelan Transformasi Besar SPRM dan Tekun di sini malam tadi.

Mengulas lanjut, Mustafar berkata, sebagaimana pernah dikatakan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Mohd Shukri Abdull isu ini kelihatan telah dipolitikkan.

“Kami, SPRM menyiasat isu pasir di semua negeri, seramai 42 orang telah ditahan dan 22 orang dikenakan tuduhan... isu ini terus disiasat,” kata beliau.

Mustafar diminta mengulas perkembangan isu kontroversi pasir membabitkan negeri Selangor sejak seminggu lalu.

Semalam, Kumpulan Semesta Sdn Bhd, anak syarikat kerajaan negeri Selangor menolak dakwaan kononnya wujud penyelewengan dan amalan pilih kasih dalam penjualan pasir kepada kontraktor.

Kumpulan Semesta berkata pemberian diskaun kepada mana-mana pelanggan yang membeli pasir secara pukal adalah amalan biasa dalam perniagaan bagi meningkatkan jualan.

Syarikat itu berkata demikian dalam kenyataan bagi mengulas dakwaan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar kelmarin bahawa ada bukti menunjukkan wujud penyelewengan dan amalan pilih kasih oleh syarikat itu dalam penjualan pasir kepada syarikat kontraktor.

Kenyataan Kumpulan Semesta itu dikeluarkan bersama oleh Pengerusinya Abdul Shukor Nagor, Ketua Pegawai Eksekutif Ir Ramli Abdul Majed dan ahli lembaga pengarah syarikat berkenaan.

“Malah, kami juga mengalu-alukan pihak berkuasa termasuk SPRM untuk menjalankan siasatan,” katanya.


Juragan:Nasib baik di Selangor...Kalau di Perak kantoi habis PR masih
perintah Perak,sebab Perak adalah negeri yang paling banyak
"Lubang"
kesan pelombongan bijih timah masa Umno perintah..





Tiada ulasan:

Catat Ulasan