Sabtu, 14 Ogos 2010

Fuhh..Inilah Wajah Yahudi Yang Berani Memasuki Parlimen Iran..!!

Macam tak percaya..??Tetapi inilah kenyataan bahawa Islam itu sangat adil dan tiada agama yang seadil islam.Kisah bagaimana terdapat orang yahudi yang tinggal dibumi Iran yang di pimpin oleh Ahmadinejad seramai 25 000 orang,mengejutkan dunia luar yang selama ini menyangka bahawa tidak mungkin orang Yahudi di benarkan tinggal dan bertapak di Iran,sedangkan presiden Iran sangat-sangat memusuhi Yahudi Israel.

Tetapi inilah kenyataan,kalau selama ini negara barat sering mengecam dan memfitnah bahawa Iran sebuah negara Islam yang cukup extream dan dianggap sebagai pengganas tetapi diatas keberanian seorang wartawan Amerika yang sanggup berada di Iran untuk mendedahkan bahawa Iran adalah sebuah negara yang cukup selesa dan mengamalkan demokrasi Islam yang disenangi oleh orang luar,bukan seperti apa yang di gambarkan oleh media barat.

Malah Iran telah melantik seorang Ahli Parlimen berbangsa Yahudi yang bernama Mecedes (gambar) untuk mewakili hampir 25000 orang Yahudi yang tinggal di Iran,dan suara mereka di Parlimen sering diambil kira oleh pimpinan Iran.Kini sudah ada 25 buah rumah ibadat Yahudi di Iran,mereka bebas untuk beribadat tanpa ada gangguan daripada kerajaan Iran.

Inilah..kehebatan dan keadilan Islam yang cuba ditonjolkan oleh pimpinan Iran yang diketuai oleh Ahmadinejad terhadap dunia luar yang sering menggambarkan bahawa kerajaan Iran yang mengamalkan Islam sebagai pengganas dan membenci serta memusuhi agama lain.


Juragan : Sedihh...apabila kerajaan Malaysia Pimpinan Kahlifah Al Najib,memberhentikan penjualan Petrolium bertapis kepada Iran, selepas pertemuan Khalifah Al Najib dengan Obama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan