Wakil peneroka Karip Mohd Salleh berkata, tindakan itu diambil setelah mendapati Felda telah menipu hasil perahan minyak yang diperoleh peneroka.
“Kesemua 766 peneroka yang hadir hari ini mengambil keputusan untuk menyaman Felda kerana selama ini lembaga itu telah menipu kami.
“Kerugian yang kami tanggung bernilai hampir RM200 juta, jadi kami hanya mahu tuntut hak kami kerana ditipu selama ini,” kata beliau pada sidang media selepas memfailkan saman di Mahkamah Tinggi di sini.
Beliau berkata sepatutnya peneroka menerima kira-kira 24 hingga 25 peratus hasil perahan minyak tetapi hanya 16 peratus hingga 19 peratus dibayar oleh pengurusan Felda..
“Hasil ujian makmal secara bebas mendapati kadar perahan gred (KPG) menunjukkan bahawa KPG jauh lebih tinggi iaitu antara 24 hingga 25 peratus.
“Tapi hasil yang kita (peneroka) peroleh adalah sebanyak 16 hingga 19 peratus sahaja, jadi mana lebih enam peratus lagi?
“Daripada hasil itu, kita dapati wujud penipuan yang dilakukan Felda dalam urusan jual beli hasil sawit,” katanya.
Kesemua peneroka tersebut menamakan Felda dan anak syarikat Felda, Felda Palm Industries Sdn Bhd sebagai defendan.
Pada 2003, peneroka Tanah Rancangan Felda iaitu Felda Kemahang 3 di Kelantan dan Felda Moakil (Johor) telah memfailkan saman terhadap Felda berkaitan penyelewengan yang dilakukan lembaga itu.
Juragan : Harapkan Pagar,pagar makan padi..Harapkan Felda,Felda menipu lagi..
sdra karat hijau...
BalasPadamsilap haribulan pegawai yg dok kecoh duit peneroka tu (ada la empat lima org kot..satu geng)org kita..duit haram depa makan tu bagi balik kat tabung surau and mesjid kita,,nak hukum mcm mna tu..dengar crita geng ni lama dah dok buat keja ni tipu bos depa...NAK JATUH HUKUM MCMNA TAK TAU TU..MINTA TOK GURU LAH BAGI HUKUM..mana tau boleh cover skit..