Sabtu, 21 Ogos 2010

Fuyoo.. Umno Johor Akan Tumbang..!!

Kenyatan seorang pengetua Hardcore"Hidup Melayu" yang mengeluarkan kenyataan perkauman sangat-sangat mendukacitakan masyarakat Cina dan India di Negara ini,Kemarahan mereka dapat dilihat apabila 17 laporan yang telah dibuat ke Balai Polis.

Kes ini memperlihatkan betapa masih ada lagi para pengetua "Hidup Melayu" yang dangkal dan jauh ketinggalan dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum yang mana agama menginginkan kita saling hormat-menghaormati.

Mungkin inilah padahnya,apabila pemimpin umno sentiasa meniup semangat keMelayuan dikalangan para pendidik dalam setiap kursus yang mereka jalankan.Sekiranya pengetua ini mempunyai kefahaman dalam bidang agama,sudah pasti perkara ini tidak akan berlaku.Tetapi,gelora semangat kebangsaan yang entah dari mana datangnya menyebabkan pengetua ini menghancurkan wawasan 1 Malaysia ketua mereka sendiri Pak Najib.

Sekiranya,parti pembangkang yang mengeluarkan kenyataan ini,sudah pasti pinti ISA terbuka luas untuk mereka.Tetapi di sebabkan pengetua ini adalah penyokong kuat Umno maka dengan lantas Datuk Alimuddin selaku Pengarah Kementrian Pendidikan mengeluarkan kenyataan bahawa isu ini sudah selesai..Mengapa terlalu mudah dan cepat selesainya..??Sedangkan kes ini dalam siasatan polis seperti yang di arahkan oleh TPM,apakah pengarah pendidikan lebih berkuasa daripada TPM..??

Kesimpulannya,isu ini telah memusnahkan kredibiliti umno itu sendiri di kalangan masyarakt cina dan india yang kini rata-rata masyarakat cina di Kulai khasnya dan di Johor amnya tidak berpuashati dan berasa sangat terhina dengan kenyatan Pengetua "Hidup Melayu" ini.

Inilah balasan dan perancangan Allah,apabila puak-puak Umno menaikkan kain rentang yang direkacipta oleh mereka untuk memburuk dan memfitnah PR sehingga mereka berjaya membuatkan sultan murka.

Tetapi ingat,kemurkaan sultan membabitkan seorang individu,tetapi kini kebencian dan kemeluatan kaum cina dan india membabitkan beribu-ribu individu yang akan menjatuhkan kekuasaan Umno di negeri Johor,sudah pasti rakyat akan sentiasa setia menunggu dan melihat kesudahan drama ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan