Jumaat, 13 Ogos 2010

Kenyataan Paling Banganggg seorang Tmb. Menteri..

Pengguna dinasihatkan agar tidak panik dengan harga ayam yang naik mendadak ketika ini kerana ia hanya bersifat sementara, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Rohani Abdul Karim.

Katanya kenaikan harga ayam di sesetengah tempat bukan disebabkan faktor kekurangan bekalan tetapi sikap pembekal yang sengaja menaikkan harga sesuka hati berikutan permintaan tinggi terhadap barang itu ketika ini.

"Keadaan ini disebabkan kuasa pasaran iaitu apabila permintaan lebih tinggi dan ayam pula bukan barang kawalan, mereka telah naikkan harga di peringkat runcit," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa dan menyampaikan zakat di Maktab Kerjasama Malaysia (MKM) di sini, malam Khamis.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai harga ayam yang naik mendadak di beberapa buah negeri dengan bermulanya bulan Ramadan ini.

Beliau berkata pengguna juga berupaya mengelakkan diri mereka daripada terus ditindas dengan memainkan 'kuasa pembelian' sepenuhnya.

"Sementara harga ayam tengah naik, pengguna boleh tukar kepada makanan lain dan ini akan menyebabkan permintaan menurun dan akhirnya harga ayam pun akan turun juga kerana ayam bukan gula yang boleh disimpan. Apatah lagi orang sentiasa nak yang segar," katanya.


Juragan : Sebenarnya lu orang bukan ada kuasa..Cakap saja gah..
alasan yanag sama setiap tahun maa...Harga ayam naik,suruh rakyat
makan ikan,harga ikan naik,suruh rakyat makan daging,harga daging
naik,sudahnya..suruh rakyat makan BIAWAKK...Hampehhh..



6 ulasan:

  1. Inilah standard menteri umno....depa buka fikir pasal rakyat sebab perut depa sentiasa buncit.Kenyang mentekedarah macam-macam.Jadi rakyat tolak tepi...tengok cara mereka mencadangkan penyelesaian cukup mudah...hina sungguh menjadi rakyat negara ini!.

    SUATU HARI NANTI MEREKA CADANGKAN RAKYAT MALAYSIA MAKAN TUPAI PULAK UNTUK MENGATASI KENAIKAN HARGA AYAM DAN DAGING.

    CELAKA PUNYA PEMIMPIN UMNO!!!!!!!

    BalasPadam
  2. hahahahahahhahah nak suruh den makan biawak,,, den bukan pariah nak makan biawak ,,,, hahahahaha
    kebanyakan menteri UBN ni hampeh,,,,,,

    BalasPadam
  3. ni pimpinan PBB.... Sarawak PBB = UMNO

    BalasPadam
  4. Apa lagi makan rumputt la, tak perlu keluar duit. Itulah nasihat tersirat PBB kot. kah kah

    BalasPadam
  5. setuju dgn semua pendapat sebelum ini. Kenapalah mengikut sangat telunjuk ****. Siapa pembekal ayam terbesar? Siapa pembekal makanan ayam terbesar?

    BalasPadam
  6. harga ikan lagi mahal dari ayam la menteri wooooooooiiiiiiiiiiiii......
    masih tak sedar lagi ke?????

    BalasPadam