Selasa, 17 Ogos 2010

Terkini...Menaiki Motosikal Berlainan Jantina Satu Kesalahan.

Menaiki kenderaan secara "berdua-duaan" di antara pelatih yang berlainan jantina adalah satu kesalahan jika dilakukan di Institut Pendidikan Guru (IPG) Tengku Ampuan Afzan di Kuantan, Pahang.

Menurut memo yang diedarkan oleh institut perguruan itu, larangan berkenaan dikuatkuasa sejak 10 Ogos lalu dengan tujuan bagi mengekang kegiatan maksiat.

Pengarahnya, Datuk Mazlan Mohamad ketika dihubungi mengesahkan bahawa larangan itu dikeluarkannya mengikut bahagian II dalam Tatatertib Am, Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 (Akta 174).

Perbuatan berdua-duaan itu sebagai "kelakuan yang boleh ditafsir sebagai boleh merosakkan atau mendatangkan mudarat kepada nama baik institusi sama ada di dalam atau di luar kampus," menurut salinan memo yang diperolehi Malaysiakini.

"Pihak keselamatan tidak akan membenarkan kenderaan yang terlibat keluar dari pintu masuk ke IPG jika melakukan kesalahan yang dinyatakan," memo itu dipetik.

"Sebab apa, kita buat begitu sebab hendak cegah. Itu lebih baik sebelum berlaku kejadian seperti buang bayi," kata Mazlan ketika ditanya sebab penguatkuasaan seperti itu.



4 ulasan:

  1. bab ni gua sokong,,,,,,,,,,,
    tapi UMNgOk akan melenting marah !!!!! tak caya lu tengok nanti !!!

    BalasPadam
  2. Yang gua tahu..Pengarahnya tak lama la duduk kat kerusi tu,pasti konco-konco Umno akan gasak mamat ni sehingga dia kena tukar.

    BalasPadam
  3. Gua UMNO dan gua sokong peraturan mcam ni... cuba bayangkan jika anak-anak kita yang buat begitu, plak tu jauh dari pandangan mata... nasib baik ada cikgu-cikgu ni yang memerhati... tima kacih

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah. Cantik sangat apatah lagi institusi yang melahirkan para guru / pendidik. Moga akan dituruti oleh yang lain. Tahniah kerana berani mencegah laluan kemungkaran.

    BalasPadam