Khamis, 19 Ogos 2010

Umno Sebagai Penghalang - Benard Dompok


UMNO Sabah kesal dengan kenyataan seorang pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) yang membayangkan UMNO menjadi halangan kepada usaha mempromosikan konsep 1Malaysia.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Datuk Seri Salleh Said Keruak menyifatkan kenyataan itu sebagai tidak bertanggungjawab dan menegaskan UMNO Sabah benar-benar memahami dan komited sepenuhnya terhadap konsep itu.

"Oleh itu tidak perlu bagi presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) Tan Sri Bernard Dompok mempersoalkan sama ada UMNO memahami maksud sebenar atau semangat konsep 1Malaysia," katanya dalam kenyataan di sini Selasa.

Katanya sebagai menteri Kabinet pusat dan presiden parti komponen BN, Dompok seharusnya tahu UMNO komited sepenuhnya kepada konsep yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Presiden UMNO.

Salleh berkata demikian ketika mengulas laporan media yang memetik Dompok sebagai berkata sama ada Najib akan dibenarkan oleh partinya dan mereka yang mengelilinginya melaksanakan konsep itu.

Dompok dilaporkan berkata demikian semasa merasmikan Konvensyen UPKO Zon C (Penampang, Kota Kinabalu, Sepanggar dan Putatan) di Penampang, Ahad lalu.

Pada konvensyen tersebut, pemimpin bahagian UPKO mengulangi rasa tidak puas hati berikutan permintaan pemimpin UMNO untuk mendapatkan lebih banyak kerusi pada pilihan raya umum termasuk satu kerusi yang disandang oleh UPKO.

Mereka juga melahirkan rasa tidak puas hati dengan masalah pendatang tanpa izin di negeri itu yang sudah berlarutan sekian lama.

Juragan : Mengapa Semakin Banyak Parti Komponen BN Membenci Umno..??


Tiada ulasan:

Catat Ulasan