Jumaat, 24 September 2010

Fuhh..DAP Sedang Mentertawakan Nik Aziz..

Kenyataan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa beliau tidak bangga berbangsa Melayu menunjukkan anutan politik sebenar Menteri Besar Kelantan itu.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali berkata, pengakuan itu bukannya mengejutkan kerana Nik Abdul Aziz sebelum ini telah beberapa kali membuat kenyataan berkaitan agama berbaur kepentingan politik kepartian.

Katanya, umat Islam di negara ini pastinya tidak akan melupakan tindakan Mursyidul Am Pas itu yang kerap 'menghalalkan' tindakan pemimpin DAP bagi menjaga hubungan Pas dengan parti pakatan pembangkang yang lain.

"Jadi tidaklah perlu kita terkejut dengan kenyataan berkaitan bangsa Melayu, ia hanyalah untuk menarik undi orang bukan Melayu.

"Dia rasa sudah berjaya memperdayakan DAP dengan menarik perhatian orang Cina sedangkan dia tidak sedar DAP sedang mentertawakannya kerana banyak telatahnya mengundang bencana kepada bangsa Melayu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dala
m dialog bersama wartawan di Kota Bharu semalam, Nik Abdul Aziz dilaporkan berkata, beliau tidak bangga berbangsa Melayu kerana bangsa itu datang secara automatik dan dalam Islam tiada bangsa yang lebih dan jika ada pun, ia adalah bangsa Arab.

Sementara itu, Ibrahim berkata, Nik Abdul Aziz sepatutnya berhati-hati apabila membuat kenyataan kerana dikhuatiri ia mengundang sikap bongkak, takbur dan kufur.

Katanya, Allah menjadikan manusia berbangsa-bangsa untuk mengenali antara satu sama lain sebagaimana terkandung dalam ayat ke-13, surah Al-Hujurat.

"Manusia yang tidak kenal bangsanya adalah manusia yang tidak mengenali dirinya dan ia membawa kepada tidak mengenal Allah.

"Dia sepatutnya menyelami dan mendalami ayat al-Quran sebelum mengeluarkan kata-kata supaya tidak berlaku bidaah yang memusnahkan ibadah dan memesongkan tauhid diri dan ummah," tegasnya.


Juragan : Maksud yg tersiratnya Tuan Guru malu dengan "Melayu" yg kononya memperjuangkan kepentingan Melayu dan memartabatkan bangsa melayu akan tetapi hakikat sebenarnya hanya memperjuangkan perut dan bawah perut dan tindak tanduk mereka sebenarnya merosakkan martabat Melayu dek kerakusan mereka dan akhirnya merendahkan bangsa dan agama sendiri!..Hampehhh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan