Jumaat, 24 September 2010

Fuhh..Suspek Mengaku Tidak Terlibat Dengan Pembunuhan..??

Suspek utama kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, mendakwa polis menumbuk, menendang dan memaksa menandatangani dokumen tanpa kerelaan.

Tiga peguam yang mewakili suspek dan adiknya, kedua-duanya juga peguam berjaya menemui klien mereka untuk pertama kali di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur Khamis lalu.

Mereka sampai pada jam 3 petang ditemani isteri suspek yang mendapat kebenaran bertemu suami mereka.

Peguam DP Vijandran dan Ravi Nekoo memberitahu media, suspek berusia 41 tahun itu mendakwa dikasari polis selepas mereka bertemu selama 30 minit.

"Suspek mendakwa dipukul dengan getah paip, ditumbuk di muka dan ditendang sehingga memudaratkan tulang belakang," kata Vijandran, menambah suspek belum menerima bantuan perubatan berikutan kecederaannya.

Suspek utama itu juga mendakwa dipaksa menandatangani dokumen tanpa kerelaannya.

Vijandran berkata, mereka akan membuat laporan polis mengenai hal itu esok.

"Klien saya mendakwa mereka tidak terlibat langsung (dengan pembunuhan itu)
mereka disiasat dan tidak bersalah.

"Bagaimanapun, mereka bersedia memberi sepenuh kerjasama kepada polis tetapi berharap dilayan dengan lebih adil pada masa yang sama," kata Vijandran.

Sementara itu, isteri suspek menemui suami mereka selama 10 minit dalam pengawasan ketat pihak polis.

"Mereka tidak dibenarkan dekat dengan satu sama lain. Isteri-isteri mereka amat tenang sepanjang pertemuan," tambahnya.

Juragan : Sebelum masuk mahkamah cerita lain,bila berada dalam mahkamah
nanti lain cerita oo..silap-silap
nanti terlepasss...


4 ulasan:

  1. skrip lama akan berulang kembali, inilah kehebatan polis kita, liputan akhbar hari-hari tapi bila ip rujuk ke ag, baru tengok muka depan dah kena reject, entahlah malaysia.

    BalasPadam
  2. malaysia oh tanahairku.
    tanah tumpahnya oh darah ku..

    Polis malaysia jangan kasi lepas penjenayah. Gunakan kecekapan apa yang ada ..

    Tapi ,,kalau tak nak ikut hukum Allah ...tiada guna jugak...jenayah tetap akan bertambah..

    Kembali lah wahai manusia kepada Islam..Anda selamat, keluarga selamat, kampung selamat, negeri selamat, negara selamat,,,akhirat selamat..

    Ya Allah aku berdoa ,,semoga semua penduduk di Malaysia Akan masuk Islam....demi menyelamatkan diri di akhirat nanti... amin..

    BalasPadam
  3. kena dera polis? padan mukalah jawapnya. oh bila ko kena dera tau buat laporan tp ko bunuh, seksa dan bakar mangsa, ko tak fikir tu semua. pg mamposlah ko semua. xde sapa nak kesian pun

    BalasPadam
  4. spesis saitan macam paria ni tak payah nak bg muka layan baik2. elok pijak je sampai mampos binatang ni. jgn sampai dia ni terlepas sudah. klu lepas pun aku jamin tak hidup lama paria ni. org smua dah naik hangin dgn peguam sial ni

    BalasPadam