Selasa, 7 September 2010

Kejadian "Pelik" Bawa Maut..


Hanya tinggal beberapa hari lagi sebelum umat Islam menyambut Aidilfitri, namun bagi saya sekeluarga sambutan tahun ini suram kerana ayah sudah pergi selama-lamanya.“Walaupun arwah sempat menunaikan tanggungjawab sebagai ketua keluarga dengan menyediakan segala kelengkapan raya untuk kami 10 beradik, namun sambutan tahun ini sudah tidak bermakna bagi kami yang sepatutnya mencium tangannya pada pagi lebaran,” kata Mohd Asnazir Sulong, 23.

Bapanya, Sulong Ibrahim, 50, maut selepas motosikal ditungganginya merempuh rumah jiran mereka yang juga kakak mangsa ketika membaiki motosikal itu bersama seorang lagi anak lelakinya dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi semalam.

Kejadian berlaku di Kampung Petai Bubus, Manir, dekat sini, ketika adik Mohd Asnazir, Mohd Azlin, 19, menolak motosikal yang dibaiki manakala bapa mereka menunggangnya untuk membolehkan enjin kenderaan itu dihidupkan.

“Bagaimanapun sebaik motosikal itu berjaya dihidupkan, ia meluncur laju lalu merempuh rumah di depannya sebelum terperosok di bawah rumah berkenaan menyebabkan beberapa ahli keluarga termasuk ibu, Sabidah Ismail, 47, yang terdengar dentuman akibat pelanggaran itu berkejar ke situ.

“Ketika itu, kami sudah tidak mampu berbuat apa-apa kerana ayah sudah nazak dan tidak sedarkan diri dan hanya badannya bergerak-gerak sebelum akhirnya terhenti,” katanya.

kejadian berlaku akibat tali minyak motosikal berkenaan dikatakan gagal berfungsi dengan baik kerana terlekat menyebabkan motosikal berkenaan meluncur laju sebaik enjinnya hidup tanpa dapat dikawal mangsa.

Akibatnya, kenderaan itu merempuh rumah kakak mangsa dan kesan perlanggaran itu menyebabkannya cedera parah di kepala sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian kira-kira 10 minit kemudian.-Metro

2 ulasan:

  1. Tu la orang-orang PAS, Pandai Menuduh, Pandai Tuding Jari, Pandai Lempar Tahi....

    Apa yang depa buat..
    Pandai buat honar, bising sana-bising sini, hari ni cakap lain, besok cakap lain....
    jenis lidah biawak macam LGE.

    Sepatutnya.. jika nama parti Islam.
    Ajak manusia buat kebaikan.
    Yang tidak betul, perlu dinasihat.

    Tapi orang-orang PAS suka kepada lidah bercabang...macam kafir LGE.
    kih.. kih...

    Bagaimana nak perintah negara.
    Pungkor sendiri pun penuh Tahi dan berulat lagi.

    Kata dulang, paku serpih.
    Mengata orang, PAS YANG LEBIH.

    BalasPadam
  2. Oii..Umno gila..engko silap tempat la nak komen..

    BalasPadam