Sabtu, 25 September 2010

Kes Pembunuhan Sosilawati...Apakah Anjing lebih mulia,Daripada Manusia..??


Perhimpunan aman 12 orang kurang upaya (OKU) dari Badan Latihan dan Hidup Berdikari (ILTC) bagi membantah tindakan Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) membunuh sembilan ekor anjing di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, menjadi tegang seketika selepas berlaku pertikaman lidah dengan sekumpulan orang awam.

Pertikaman lidah berlaku apabila orang awam yang kebetulan berada di perkarangan Bangunan MDKL yang dipercayai tidak berpuas hati dengan tindakan kumpulan NGO berkenaan yang membuat demonstrasi di situ.

Keadaan tegang itu tercetus sebaik saja sidang media diadakan selepas wakil NGO terbabit bertemu dengan Yang Dipertua (YDP) MDKL, Abdul Razak Jaafar, di lobi bangunan MDKL, semalam.
Pertengkaran terbabit tercetus selepas beberapa orang awam yang turut berada di situ mempersoalkan tindakan NGO itu yang berhimpun bagi menyuarakan bantahan terhadap pembunuhan anjing itu selain mendakwa NGO itu tidak sensitif dengan isu pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya serta tiga individu lain, juga di ladang sama.

Bagaimanapun, keadaan tegang selama hampir 15 minit itu berjaya diredakan selepas beberapa pegawai MDKL bertindak sebagai orang tengah bagi menenangkan beberapa individu yang kelihatan emosi.

Presiden ILTC, Francis Siva, berkata tindakan kejam terhadap haiwan berkenaan tidak dapat diterima langsung selain menganggap kejadian terbabit sebagai tindakan yang diambil secara terburu-buru.

Katanya, NGO itu amat kecewa dengan perkara itu dan berharap kerajaan negeri akan menyiasat pihak yang terbabit dengan insiden itu.
"Walaupun Yang Dipertua MDKL sudah meminta maaf berhubung perkara itu, susah untuk kami menerimanya kerana kejadian terbabit sudah berlaku dan ia dilakukan (membunuh) atas alasan anjing itu bertindak agresif dan ganas walhal pada masa sama anjing berkenaan antara spesies anjing yang mesra dan baik,” katanya ketika ditemui di Bangunan MDKL, di sini, semalam.

Juragan : Hanya kerana anjing dibunuh,puak-puak ini berani
berdemo..Tapi malang,empat orang melayu dibunuh...
senyap dan sunyii...mana Perkosa..??

1 ulasan:

  1. bunuh binatang pun berdosa,bakar manusia pun berdosa....jgn lakukan dosa2 besar tu....ini bukan isu melayu india cina.yg utama nya kezaliman dan ketidak adilan mesti di tentang....tegakkan kebenaran...berani kerana kebenaran

    BalasPadam