Presiden Penawar, Tan Sri Adam Kadir berkata keputusan itu diputuskan sebulat suara dalam mesyuarat Dewan Tertinggi badan itu.
"Sekiranya Tengku Adnan enggan memohon maaf, pihaknya akan menuntut supaya Umno memecat beliau sebagai Setiausaha Agung Umno," katanya dalam satu kenyataan tiga perenggan di sini pada Isnin.
Adam berkata mesyuarat itu juga bersetuju sebulat suara mendesak Umno supaya bekerjasama dengan Perkasa dan semua NGO Melayu yang memperjuang dan mempertahankan hak orang Melayu dan bumiputera seperti termaktub dalam Perlembagaan Negara.
Pada 8 September lepas, Tengku Adnan dilaporkan berkata Umno perlu menjauhi Perkasa yang lantang membuat kenyataan ekstrem mengenai isu-isu perkauman.
Selain itu, beliau mendakwa Umno tidak menyokong Perkasa mahupun Presidennya Datuk Ibrahim Ali pada pilihan raya umum akan datang kerana tindakan itu berpotensi menghakis sokongan pengundi bukan Melayu terhadap Barisan Nasional.
Juragan : Orang Melayu memang dah meluat dengan Umno..Hampehh
Inilah dia persatuan-persatuan dan NGO yang melalak siang malam pasal hak Melayu.Gegak gempita bumi negara ini dek kerana tempikan HIDUP MELAYU.
BalasPadamSayang seribu kali sayang...MELAYU MARHAEN masih terhimpit dengan kemelesetan ekonomi yang begitu dahsyat sejak akhir-akhir ini.MELAYU MARHAEN terpaksa berkira-kira untuk berbelanja membeli keperluan harian termasuklah juga untuk pendidikan anak-anak mereka.
RUPANYA GEGAK GEMPITA HIDUP MELAYU hanyalah untuk "mengenyangkan perut puak-puak mereka sahaja.
Alangkah kesiannya Melayu marhaen YANG MASIH DIJAJAH PEMIKIRAN MEREKA.....MERDEKA TETAPI OTAK DAN MINDA MEREKA MASIH TIDAK MERDEKA dek kerana gempitanya "HIDUP MELAYU"
Rasis sama Rasis buat lawak bodoh..Last minute pimpinan PR jugak yang kena tangkap..Haramm Umnoo..
BalasPadam