Tragedi berdarah itu yang mengorbankan enam nyawa serta mencederakan enam penumpang lain berlaku kira-kira pada jam 10.25 pagi membabitkan empat kenderaan di Kilometer 35, Jalan Lahad Datu-Kunak.
Selain Azlan, mereka yang terbunuh adalah pemandu lori, Norawi Madu, 37, dan anak lelakinya, Mohamad Azrul, 14, serta tiga lagi mangsa yang menaiki van dikenali sebagai Yong Pui San, 24, dan suaminya Chin Tet Leong, 30, serta Thien Yuk Lin, 51.
Difahamkan, semua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan sehingga jam 6 petang semalam identiti enam mangsa yang cedera parah dipercayai penumpang bas masih belum dikenal pasti.
Menurut Imran, ketika kejadian, dia yang menaiki Perodua Viva sedang tidur di tempat duduk penumpang depan sebelum dikejutkan dengan keadaan cemas apabila keretanya berpusing sebelum terjunam ke dalam gaung.
“Apabila saya menoleh ke tempat duduk belakang, saya terkejut melihat kepala adik saya berada di sebelahnya, lalu saya keluar dari kenderaan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
kemalangan berlaku membabitkan bas ekspres, van, kereta dan lori seberat tujuh tan.
“Kemalangan itu dipercayai berpunca daripada tiga kenderaan iaitu Perodua Viva, van dan lori yang dalam perjalanan dari Lahad Datu menghala ke Kunak. Sebaik tiba di tempat kejadian, van itu dipercayai cuba memotong Perodua Viva.
“Namun, ketika memotong, pemandu van terkejut apabila melihat bas ekspres datang dari arah bertentangan sebelum berusaha memberhentikan kenderaan lalu hilang kawalan. Van terbabit kemudiannya melintang di tengah jalan sebelum merempuh bas dan kereta lalu terjunam ke dalam gaung,” katanya.
Pada masa sama katanya, sebuah lori yang berada di bahagian belakang kedua-dua kenderaan (Viva dan bas) terbabas lalu memasuki gaung ketika cuba mengelak daripada pelanggaran terbabit.
“Bagaimanpun, polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung punca kemalangan itu,” katanya.
Beliau berkata, sepasukan anggota bomba dan penyelamat bergegas ke lokasi kejadian bagi membantu mengeluarkan mangsa tersepit.- Metro
Juragan : Sentiasa Ingat Allah..Berhati-hati semasa memandu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan