Ahad, 12 September 2010

Penemuan Mayat Rentung...Mungkin Ada Kaitan Dengan Jutawan Kosmetik??


Empat mayat rentung dipercayai dibunuh sebelum dibakar ditemui di sebuah ladang ternakan di Teluk Gadong berhampiran Tanjung Sepat, Morib di sini malam tadi.

Difahamkan, identiti keempat-empat sedang dikenal pasti. Namun tidak dapat dipastikan setakat ini jika penemuan mayat itu ada kaitan dengan kehilangan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, bersama tiga yang lain hilang selepas dikatakan ke Banting atas urusan jual beli tanah, 13 hari lalu.

Semua mayat dijangka dikeluarkan pagi ini untuk ujian berkaitan, termasuk DNA bagi tujuan pengecaman.

Bagaimanapun, sehingga malam tadi, polis masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung penemuan berkenaan, termasuk mengesahkan sama ada ia mempunyai kaitan dengan kes Sosilawati.

Sementara itu, sumber memberitahu Berita Minggu, penemuan itu susulan penahanan suspek utama yang mempunyai kaitan dengan kehilangan pengasas produk kecantikan, Nouvelle Visages itu.

“Difahamkan, suspek yang membawa polis ke tempat kejadian, Khamis lalu hingga membawa kepada penemuan mayat berkenaan,” katanya.
Sehingga malam tadi, enam suspek sudah ditahan bagi membantu siasatan berhubung kehilangan Sosilawati dan tiga individu lain sejak 30 Ogos lalu.

Turut ditahan seorang ahli perniagaan dan peguam berpangkat Datuk bersama adilknya, seorang doktor berusia lingkungan 40-an.

Difahamkan, kedua-duanya perancang utama kes itu manakala identiti empat lagi suspek dikenal pasti, namun dipercayai kumpulan sama yang melarikan semua mangsa.

Ahli forensik polis dijangka ke lokasi penemuan empat mayat rentung pagi ini bagi menjalankan siasatan lanjut.


1 ulasan:

  1. Sunday, September 12, 2010BENARKAH AHLI BAR COUNCIL BUNUH SOSILAWATI ?


    pertanyaan.benarkah peguam yang jugak ahli majlis peguam iaitu dato patmanathan dan 8 orang india terlibat membunuh sosilawati dan 3 rakannya ? ini alamat lawyer pukimak anak haram pundek ni..no 51 jalan kemboja 33 off jalan sultan ahmad shah..Posted by GAP KEMBALI at 7:11 PM 7 comments

    BalasPadam