Khamis, 16 September 2010

Tiba-tiba...Konsert Siti Di Pulau Pinang Di Batalkan..??

Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza (gambar) dilaporkan telah membatalkan konsert Hari Malaysia di Pulau Pinang atas nasihat daripada doktor.

Pembatalan konsert yang bakal menyaksikan Siti beraksi selama satu jam pada 25 September depan di Stadium Bandaraya itu diumumkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

"Pada peringkat ini, kita sudah kesuntukan waktu untuk melakukan sebarang perubahan atau pindaan di saat-saat akhir, jadi kita memutuskan untuk membatalkan sahaja keseluruhan acara konsert itu.

"Kami kesal dengan apa yang berlaku tetapi kami menghormati masalah yang dihadapinya dan mendoakan yang terbaik untuk kesihatan Siti," kata Lim yang dipetik daripada portal Star Online pada sidang media di pejabatnya di Komtar, Khamis.

Tambah Lim, pihak kerajaan negeri menerima surat penarikan diri daripada syarikat pengurusan Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn Bhd pada hari Rabu yang turut kepilkan bersama surat akuan daripada pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.

"Surat akuan itu menyatakan Siti tidak dibenarkan untuk berjalan jauh atau terlibat dengan sebarang aktiviti fizikal sepanjang proses rawatan berlangsung," katanya.

Salinan daripada surat akuan itu menjelaskan "Siti Nurhaliza dinasihatkan agar tidak terlibat dengan sebarang aktiviti fizikal yang berat termasuklah mengadakan konsert pada waktu ini."

Bagaimanapun, Lim enggan mendedahkan dengan lebih lanjut mengenai butiran surat akuan tersebut dan menyerahkan sebarang pertanyaan lanjut mengenai penyanyi itu kepada pengurus Siti sendiri.


Juragan : Sekiranya konsert ini berlangsung sudah pasti menarik ribuan orang Melayu..tambahan pula masuk percuma dan sebelum konsert Lim Guan Eng akan berucap seketika..Jadi lu orang sendiri ingat..Arahan Doktor kaaa....atau Arahan Umnooo..Monyet dalam zoo pun boleh pikirr beb..kuah3


3 ulasan:

  1. Aku tengok aepanjang raya nii,asyik muka dia buat konsert dalam TV,boleh pulak.??Doktor tak perasan ke??

    BalasPadam
  2. ok laa tue konsert batal...pada membazir duit bagi siti nurhaliza, baik kerajaan PR guna duit tue tuk tambah kebajikan yg sedia ada, tak pun buat pembanggunan sosial...setiap yg berlaku ade hikmahnya...

    BalasPadam
  3. biarlah tak jadi,kami tak kepunanan pun.perginya siti macamlah tak ada penganti,diluar sana lebih ramai yang lebih hebat dan suara yang lunak hanya mereka sengaja dipinggirkan oleh pihak tertentu.memang ada hikmahnya wang yang ada bolehlah disalurkan kepada yang lebih bermakna dan berfaedah bagi rakyat yang memerlukan.berbakti,berkhidmat serta mentadbir secara khalifah umar memang pilhan yang tepat serta indah untok rakyat majmuk.syabas lim guan eng.

    BalasPadam