Ahad, 17 Oktober 2010

Fuhh..Bomoh Hanya Berseluar Dalam.

Malang bagi seorang bomoh apabila dibelasah dan dilarikan dari rumahnya, di sini, sebelum ditinggalkan dengan hanya berseluar dalam di tepi jalan di sekitar Tangkak, Johor, semalam.

Harian Metro difahamkan, sekumpulan lelaki terbabit datang ke rumah bomoh berkenaan di sebuah perkampungan di sini kerana tidak berpuas hati dengan cara rawatan yang dilakukan bomoh terbabit terhadap seorang ahli keluarga mereka.


Bagaimanapun, berlaku pertengkaran dan pergaduhan antara bomoh terbabit dengan kumpulan lelaki itu menyebabkan mangsa dilarikan dengan sebuah kenderaan selepas dibelasah. Bomoh berkenaan yang ditinggalkan di tepi jalan ditemui orang ramai kira-kira empat jam kemudian, berada dalam keadaan separuh bogel yang kemudian menghubungi Balai Polis Tangkak untuk memaklumkan kejadian itu dan mangsa dihantar ke hospital bagi menerima rawatan.


Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Wooi Kooi Cheang, ketika dihubungi mengesahkan polis ada menerima laporan mengenai kejadian terbabit.


“Polis menerima laporan daripada seorang jiran mangsa yang memberitahu terdengar bunyi bising di rumah bomoh berkenaan dipercayai akibat berlaku pergaduhan dan polis yang bergegas ke rumah mangsa mendapati kediaman itu kosong.

“Kira-kira jam 10.30 pagi, pihak kami menerima laporan daripada Balai Polis Tangkak menyatakan mangsa ditemui di tepi jalan dan dihantar ke Hospital Tangkak,” katanya.


Beliau berkata, pihak polis kini sedang menyiasat punca kejadian serta motif pergaduhan itu.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan