Khamis, 7 Oktober 2010

Kejayaan Terbaru "Sekolah Harapan"


Seorang pelajar Sekolah Harapan, institusi khas untuk remaja hamil luar nikah di Jasin di sini, selamat melahirkan seorang bayi lelaki Isnin lalu.

Pengerusi Sekolah Wanita Bunting, Datuk Ab. Rahaman Ab. Karim (gambar) berkata, pelajar perempuan berusia 17 tahun berasal dari Melaka itu dimasukkan ke Hospital Jasin pada pukul 5 pagi setelah menunjukkan tanda-tanda hendak bersalin.

“Pelajar ini selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.6 kilogram pada pukul 8 pagi,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Penubuhan Sekolah Harapan dicetuskan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam yang bertujuan memberi perlindungan kepada remaja hamil luar nikah selain menangani gejala buang bayi yang semakin berleluasa.

Sekolah Harapan yang dikendalikan oleh Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) itu menerima kumpulan pertama lima pelajarnya pada 20 September lalu.


Juragan : Takda ke hukuman yang perlu di kenakan ke atas mereka yang telah berzina tu..kemungkinan mereka akan kembali ke sekolah ini untuk kehamilan yang seterusnya,kerana kemudahan yang disediakan tanpa rasa takut dan menyesal dengan perlakuan jijik yang dilakukan selama ini...

Pengetua Sekolah Wanita Bunting nii jangan rasa bangga pulak apabila kuantiti pelajarnya bertambah...takut-takut brader rahman ni perasan dan rasa megah dengan ramainya kuantiti pelajar yang memasuki sekolah ini..sebenarnya ini membawa maksud penzinaan dan kemungkaran semakin berleluasa di negeri Melaka...Nauzubillah..

1 ulasan:

  1. Alhamdulillah..selamat juga baby tu lahir. Klu tiada sekolah harapan dah tentu baby tu ada kat dalam longkang, atau kena bakar dalam tong sampah, atau dilempar dari tingkat 17 bangunan flat. ALLAH akan mengampuni umatnya yang telah insaf dan diberikan kehidupan baru yang lebih bermakna. Semoga ibu baby tersebut akan mendidik anaknya kelak supaya menjadi anak yang soleh dah tidak mengulangi perbuatannya. Insayallah. Amin.

    BalasPadam