Sabtu, 2 Oktober 2010

Kenyataan "Bangang" Seorang Pemimpin Melayu..

Penubuhan sebuah pusat perlindungan remaja hamil luar nikah adalah wajar sebagai satu kaedah menangani permasalahan sosial itu yang semakin berleluasa, kata isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Beliau berkata, lawatannya ke Centrum voor Integrale Gezinsgorg (CIG) di Brussels, Belgium pada 5 Oktober ini akan digunakan sepenuhnya bagi mendapatkan pelbagai input untuk merealisasikan hasrat berkenaan yang kemudian akan dicadangkan kepada kerajaan.

“Pusat ini (CIG) diuruskan sepenuhnya oleh kerajaan Belgium menempatkan remaja hamil luar nikah bagi mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak, khusus untuk mengelakkan kejadian tidak diingini seperti pembuangan bayi dan pengguguran.

“Kebanyakan remaja di sana dihantar ibu bapa mereka sendiri yang tidak mahu menjaga mereka, selain ada yang dihantar atas keputusan Mahkamah Juvana,” katanya selepas pelancaran Buku Sejarah Majlis Kebajikan Kanak-Kanak Malaysia (MKKM), di sini semalam.

Katanya, penghuni CIG dilatih sepenuhnya mengenai proses penjagaan bayi, selain diberi latihan dan kemahiran sebagai bekalan bagi meneruskan kehidupan selepas meninggalkan pusat itu.

“Sekembali dari Belgium nanti, saya akan mencadangkan perkara ini kepada kementerian yang berkenaan, tetapi terpulanglah kepada mereka dan kerajaan untuk menimbangkan perkara ini. Cuma pada pendapat saya, kita perlukan pendekatan saintifik serta sistematik untuk atasi masalah ini yang semakin meruncing di negara kita,” katanya.


Juragan : Hancusss...Ini baru betul "Islamofobia",kerana terlalu takut dan tidak yakin dengan islam sebagai jalan penyelesaian yang terbaik untuk manusia..lantas kita berkiblat lalu mengikut dan mengambil model dari sistem "Reput" yang telah terbukti gagal di negara-negara barat.


1 ulasan:

  1. LEMAH IMAN DIA NI.PERATURAN MENCEGAH DAN MELINDUNGI MENGIKUT ISLAM DIBUANG MENTAH2.SEKURANG2NYA DAPATKAN PENJELASAN TERLEBIH DAHULU AKAN KEINDAHAN HUKUM ISLAM.JANGAN LAH INGAT APA YG DILAKUKAN OLIH BARAT ITU SEMUANYA ELOK.KITA UMAT ISLAM NI BUKAN KAH SUDAH ADA QIBLAT KITA.MENGAPA MASIH BERQIBLATKAN BARAT LAGI.

    BalasPadam