Hampir separuh daripada kepimpinan Pas kawasan Pendang meletak jawatan kerana tidak berpuas hati dengan kepimpinan Kerajaan Negeri yang dikatakan gagal menyelesaikan beberapa masalah atau cadangan yang diketengahkan sebelum ini.
Sumber-sumber memberitahu Sinar Harian, tindakan itu diambil sebagai menyatakan bantahan kerana suara akar umbi tidak didengar oleh pihak atasan parti yang kini mentadbir negeri dengan tujuan memperkemaskan dan memantapkan jentera pentadbiran.
Menurutnya, pengumuman peletakan jawatan itu dipercayai dilakukan pada 27 September lalu dan suratnya diserahkan kepada Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan Pendang merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tokai, Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul kelmarin.
“Ahli jawatankuasa yang terlibat mengumumkan meletak jawatan dalam satu mesyuarat yang diadakan di Pejabat Pas Pendang kerana tidak berpuas hati dengan pentadbiran kepimpinan negeri.
“Isu ini sudah menjadi heboh dalam kalangan ahli parti dan penduduk di sekitar Pendang,” katanya.
Sumber itu berkata AJK yang terlibat bertindak sedemikian selepas berjumpa dengan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang dikatakan gagal menyelesaikan masalah yang diutarakan oleh mereka. .
“Mereka ada meminta Kerajaan Negeri memperbetulkan pentadbirannya kerana perjalanannya sekarang ini tidak mencapai matlamat yang diidamkan oleh kebanyakan pemimpin Pas di peringkat kawasan,” katanya.
Usaha Sinar Harian untuk mendapat ulasan daripada Taulan gagal kerana telefon bimbitnya ditutup manakala pegawai di pusat khidmatnya ‘tutup mulut’ mengenai pergerakan atau aktiviti yang dihadiri pemimpin berkenaan.
Bagaimanapun, Sinar Harian berjaya mendapatkan Bendahari Pas Pendang, Datuk Mohd Hayati Othman yang juga Ahli Parlimen Pendang yang mengesahkan peletakan jawatan itu melibatkan 15 daripada 30 AJK kawasan.
“Mereka menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai AJK itu bermula dari 27 September sehingga semalam (kelmarin) kepada Datuk Taulan.
“Antara yang meletak jawatan terdiri ialah Yang Dipertua, Naib Yang Dipertua, Setiausaha, Ketua Penerangan dan AJK lain,” katanya.
Sehingga kini, beliau dan Taulan belum mengetahui atau dapat mengesahkan punca peletakan jawatan itu kerana tidak menyatakan sebab mereka berbuat demikian.
Mohd Hayati juga juga menafikan peletakan jawatan itu berpunca daripada perasaan tidak puas hati terhadap kepimpinan Kerajaan Negeri seperti yang didakwa beberapa pihak.
“Sehingga kini, saya belum mengetahui punca mereka bertindak sedemikian kerana gagal menghubungi mereka untuk mendapat penjelasan lanjut.
“Beberapa kali saya menghubungi mereka namun gagal dan dimaklumkan mereka tidak berada dalam kawasan dan kemungkinan ingin berehat selepas meletak jawatan,” katanya
Sehubungan itu, beliau akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat membincangkan isu itu. Pada masa ini, seorang pegawai ditugaskan di pejabat Pas untuk mengendalikan urusan orang ramai.
“Kami akan mengaturkan satu pertemuan dengan semua AJK yang meletakkan jawatan untuk mendapatkan gambaran sebenar. Mengikut perlembagaan Pas, mana-mana AJK yang ingin meletakkan jawatan perlu mendapat kelulusan dalam mesyuarat terlebih dahulu.
“Bagaimanapun, peletakan jawatan itu tidak akan menjejaskan Pas Pendang atau mana-mana cawangan kerana ia biasa dalam parti. Perkara ini pernah berlaku sekitar 1980-an apabila kesemua AJK mengundurkan diri dan parti terus bergerak seperti biasa,” katanya
Juragan :Tak puas hati,letak Jawatan..Itu namanya Anak Jantan..Tapi kalau tak puas hati sampai keluar parti maka itu namanya termakan hasutan kumpulan Syaitan.
tu betui la, tapi yg pas kedah awat dah selesa sgt ka? hang tak takut ka jatuh nanti? kemon la , tulung la rakyat tu .
BalasPadamapabila perletakan ini berlaku sy mgharapkan YB Datuk Taulan Rasul brtggjwb.Utk makluman YB apabila ssuatu dptuskan mlalui msyawarah hendaklah kita bristiqamah.So,LA U BUAT LA KERJA!
BalasPadamKita dlm perjuangan islam wala' kpd kpimpinan mstilah diutamakan
BETOI KAAA WEEIII..kalau lah betoi Yang letak jawatan tu kena nyatakan sebab.. bikan pa kalau relevan kawasan lain pun akan ikut serta.. sebab banyak yang selama nie amik sikap tidak mahu menyalahkan kerajaan walaupun mengkelan banyak dalam hati dengan tindaktanduk pengurusan agama seperti datuk taulan....
BalasPadamsalam,
BalasPadampohon linkkan
http://al-brangionline.blogspot.com dlm bloglist tuan bagi menggantikan al-brangi yg diserang malware
t/kasih