Maka terkantoilah para alim ulam mamak dalam Umno,di mana para imam,para ustaz,para bijak pandai,para penyokong yang selama ini menjadi tunjang dan pasak yang menyokong Umno secara bermati-matian.Apakah mereka ini tiada naluri sensitif untuk melayakkan mereka menjadi orang beriman apabila terdengar suara Khalifah Al Najib Tantuya yang akan menambah pusat hiburan malam untuk menarik kehadiran pelancong asing ke negara ini.
Dianggarkan sejumlah 0.7 billion akan dapat diperolehi oleh kerajaan dalam masa setahun dengan mewujudkan Pusat Hub Hiburan Malam ini dan dapat menyediakan lebih kurang 8000 peluang pekerjaan kepada anak-anak muda islam di negara ini.Dimana kerajaan BN akan mengecualikan pusat hiburan ini daripada cukai,menambah waktu operasi dan kelonggaran daripada pihak Imegresen bagi memudahkan kemasukan artis dan pelancong luar negera ke negara bertuah ini (selanjutnya)....
Apa sudah jadiiii...Keadaan masyarakat yang semakin parah dengan gejala sosial disebabkan tiada arah dan pedoman keagamaan menjadikan rakyat negara ini saban hari semakin resah dan kecewa dengan sistem kerajaan BN yang melihat kemajuan semata-mata tanpa mempedulikan keruntuhan yang semakin dasyat intitusi kekeluargaan di negara ini terutamanya orang melayu.
Maka sekali lagi,dengan kejahilan pemimpinan Umno tentang agama Rabbani disusuli pula dengan ulama'-ulama' yang menjagaperut dan bawah perut maka negara dan masyarakat sekali lagi akan mengundang dan menambah bala dari Allah dengan terlaksananya Hub Hiburan Malam ini.
Sedangkan Allah telah berfiman yang bermaksud " Barangsiapa yang cenderung kepada pemimpin yang zalim (membelakangkan syariat Allah) maka mereka kelak akan disambar oleh api neraka."Kepada penyokong Hardcore Umno ingatlah sesungguhnya sesuatu yang kita lakukan di muka bumi ini walaupun sehalus kuman akan diperhitungkan diakhirat kelak.
Apalah gunanya amalan dan ibadat yang kita lakukan puluhan tahun,sedangkan kita redho dengan maksiat yang dianjurkan oleh pimpinan yang kita kasih dan sokong.Sedangkan Rasullullah bersabda 'Kamu akan bersama-sama pemimpim yang kamu kasihi semasa di akhirat kelak." lantaran keredhoaan kita itu maka Rasullullah bersabda lagi "Barangsiapa yang redho dengan sesuatu kekufuran (tidak membantah) maka dia juga turut berada dalam kekufuran."
Jangan kita hanya berpolitik mengikut acuan nafsu dan akal fikiran,sedangkan Allah telah mengutuskan Nabi untuk mengajar kita cara bersiasah atau berpolitik yang diredhoi Allah agar selamat di dunia dan akhirat,maka ingatlah wahai penyokong Umno,kamu akan terkantoi di akhirat kelak.
Juragan : Hanya Dengan Menukar Kerajaan Anda Akan Selamat..!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan