Sabtu, 9 Oktober 2010

Tengok nii..Calon Pas DUN Galas..??

Pas sedia memilih calon daripada kalangan Orang Asli untuk bertanding dalam pilihan raya termasuk pada pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas pada 4 November ini, kata Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan, Datuk Husam Musa.

Katanya, ini tidak mustahil jika ada calon yang sesuai dan setelah diambil kira komitmen masyarakat Orang Asli terhadap Pas.

"Kita tidak menolak kemungkinan boleh memilih masyarakat Orang Asli sebagai calon, memandangkan mereka sudah mula menunjukkan minat dalam politik dan sikap mereka yang mula menerima arus pembangunan sebagaimana masyarakat moden," katanya.

Juragan :Bagi wa memang selayaknya la Pas calonkan orang asli di DUN Galas..Kuah3..sebab umno sekarang tarafnya hanya layak bertanding dengan calon orang Asli sahaja,memandangkan semenjak dua menjak ni puak-puak Umno dilihat semakin ketakutan untuk berhadapan dengan Pas dan Pakatan Rakyat.

Sehinggakan pengarah pilihanraya yang selalunya di pertanggungjawabkan kepada TPM pun terpaksa diserahkan kepada Tengku Razaleigh dan calon pun nak bagi kat Tengku jugak.Ini memaparkan kepada kita bahawa umno seperti sudah menjangkakan kekalahan mungkin berpihak kepada mereka,dan mereka tidak sanggup menanggung kemaluan besar apabila kalah nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan