Khamis, 7 Oktober 2010

Tengok nii..Sambutan Aidil Fitri Dengan Arak dan Pondan..Siapa Punya Kerja..??

( Bekas botol arak yang masih tertinggal,walaupun sebilangan
besarnya telah dibuang oleh penduduk kampung)

Apa nak dikata..??Kalau mudah bahasanya disebut sebagai puak-puak "Hipokrit" dan kalau nak lembut sikit disebut sebagai puak-puak "Munafik".Beginilah yang terjadi sepertimana yang diceritakan oleh seorang rakan saya tentang majlis sambutan Aidil Fitri di salah sebuah rumah penyokong kuat Umnongok di Kampung Lawan Kuda Gopeng pada malam 2 Oktober yang lepas.

Kalau siangnya diadakan majlis penyampaian sumbangan kepada warga ibu tunggal siap dengan doa sekali,tetapi apabila malam tiba..maka wajah puak-puak Umnongok kian berubah menjadi hipokrit apabila diadakan pula hiburan dengan mengundang band sebagai sajian kepada anak muda yang datang dari setiap pelusuk,Walaupun tempat diadakan majlis tersebut berhampiran dengan surau Kampung Lawan Kuda yang kini tinggal Imam dan Bilal sahaja yang ada pada setiap waktu.


( Surau yang hanya terletak berhampiran dengan tapak majlis)

Malam yang dipenuhi dengan maksiat,seperti minuman arak,tarian dengan kumpulan PONDAN diundang untuk melayan nafsu serakah muda mudi berserta maksiat dikalangan belia-belia yang berdua-duaan di dalam gelap menjadikan suasana pada malam itu sangat memualkan.

Ketua kampung dan JKKK kampung yang hardcore dengan Umno ini hanya mendiamkan diri takut-takut jawatan yang disandang akan terbang.Majlis yang dibenci Allah ini rupanya telah mengundang padah apabila ada sebilangan yang hadir telah bergaduh sesama sendiri sehingga menggunakan pisau dalam keadaan mabuk menyebabkan ada sebahagian penduduk kampung terpaksa melaporkan kepada pihak polis.

Kehadiran pihak polis menyebabkan ramai dikalangan pemuda pemudi bertempiaran lari termasuklah para pondan yang sedang melayan customer mereka.Keesokan harinya,maka terlihatlah hasil tarbiyyah Umnongok ini dengan berseleraknya botol minuman keras yang menjadi lambang kebebasan yang diredhoi oleh JKKK Kampung berketurunan UMno ini.

Apakah ini caranya menyambut aidil fitri..mengapa kita kembali ke zaman jahilliah..??Kalau pasal duit judi yang belum pasti di PP,puak-puak Umno jadi meroyan menyalak mengatakan Haramm..Tapi bila maksiat dan kemungkaran yang mereka anjurkan sehingga muda mudi terkulai dengan arak dan dadah hasil kerja tangan-tangan mereka ,mengapa jadi senyap dan bisu..??

Ingatlah sesungguhnya laknat Allah akan sampai apabila kita diberikan kuasa lalu kita tidak menjalankan amanah terhadap Allah..untuk itu tunggukah saat kebinasaan puak-puak yang
memperlekehkan syarian Allah ini bahawa parti kamu akan hancur dan lenyap atas muka bumi Allah ini.

Juragan : Hancusssss....Ingat Pesan Rasulullah
"Kulil haq,Walau ka namuro"Katalah kebenaran,
walaupun pedih (orang benci
).




2 ulasan:

  1. Hidup Umno !!Teruskan dengan kepura-puraan kamu wahai pimpinan Umno.

    BalasPadam
  2. ta nak la nuduh tapi ish..ish...isshhhh.. ada ka patut.....

    BalasPadam