Isnin, 18 Oktober 2010

Woii..Hardcore Umno Masih Belum Di Kenakan Tindakan..

Kerajaan kini dalam proses akhir untuk mengambil tindakan terhadap dua guru, masing-masing di Johor dan Kedah yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman Ogos lepas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata siasatan menyeluruh sedang dilakukan dengan menimbang semua keterangan daripada saksi terlibat agar keputusan yang diambil kelak merupakan satu keputusan yang adil kepada semua pihak.

"Semua pihak harus faham ini adalah kali pertama seorang pegawai kerajaan mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman.

"Jadi makan masa sedikit (untuk siasat dan ambil tindakan)," katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur)yang ingin tahu mengapa kerajaan lambat mengambil tindakan terhadap guru-guru terlibat.

Nazri berkata situasi ketika kejadian juga perlu diambil kira sebelum sesuatu hukuman dijatuhkan, sama ada guru berkenaan benar-benar mempunyai niat menghasut atau berada dalam keadaan marah.

Juragan : Kalau Pro Pembangkang yang keluarkan kenyataan..dah
lama kena ISA atau pun kena tukorr..Hidup meLAYU...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan