"Saya hanya memberi teguran dan pandangan secara peribadi, bukan berhasrat mencampuri urusan dalaman PKR atau cuba menjatuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim."
Demikian jelas bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengenai dakwaan beliau mendesak Ketua Umum PKR itu bersara daripada dunia politik.
Dr Asri berkata, beliau tidak pernah memusuhi Anwar secara peribadi bahkan bersimpati dengan keadaannya sekarang, namun tulisannya dalam blognya itu berdasarkan kepada pemerhatian, kajian umum dan gerak hati.
“Kenyataan saya tidak menyentuh isu peribadi sebaliknya soal keberkesanan pembangkang dan memastikan keseimbangan politik antara pembangkang dan kerajaan," katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Menurut Dr Asri, PKR seharusnya menjadi lebih baik terurus, meyakinkan dan berkualiti sekiranya ingin menjadi kerajaan alternatif kerana sokongan rakyat terhadap parti itu dilihat semakin merosot dan akan runtuh jika tidak dipertahankan.
Katanya, perkara ini telah dijangka banyak pihak terutama pemerhati politik berhubung pergolakan yang berlaku dalam PKR yang semakin meruncing sekarang.
Menurutnya, apa yang dilakukan bukan untuk mencampuri urusan dalaman PKR tetapi bertujuan untuk memberikan pandangan peribadi kepada Anwar.
"Kemampuan mengendalikan rakyat bawahan serta mempengaruhi mereka mengenai idea yang dibawa dan sekiranya ia mula merosot, bermakna tahap politik seseorang itu mula menurun,"katanya.
JUragan : Gua rasa ini bukan kenyataan suruh letak jawatan,tetapi kenyataan sebagai peringatan..Sudah pasti,apabila keluarga kita sedang bergelora,kita perlukan nasihat sebagai obat untuk menyembuhkan pepecahan dlm keluarga..maka sudah pasti obat yang terbaik itu rasanya begitu pahit..Fikirkan dan jangan cepat Melatahhh..
Lu mau nasihat orang, Lu pun malas membaca juga. Memang ini blog Lu, sama macam Asri juga. Dia tulis dalam blog dia tapi sebut tentang pembangkang dan Anwar.... bukankah hipokrit tu? Jangan ambil jalan mudah, nak beri pendapat kepada pengunjung, mesti membuat sedikit kajian. Jangan nanti dia orang kata Lu buta fakta dan sokong tak kena tempat sebab nak digelar "bloger Neutral" konon, akhirnya sama seperti bekas Mufti Lalok tu.
BalasPadam