Jumaat, 5 November 2010

Disangka Penjenayah...Seorang Pelakon Maut Ditembak...

Seorang pelakon Filipina yang sedang beraksi dalam satu penggambaran filem ditembak mati oleh pengawal keselamatan sebuah kampung selepas dia disalah anggap sebagai penjenayah sebenar.

Kirk Abella sedang menjalani penggambaran watak penyerang bersenjata yang memakai topeng dan pelakon itu membawa bersama sebuah pistol mainan sambil menunggang motorsikal di bandar pelabuhan di Cebu, Sabtu lalu.

Lakonan meyakinkan Abella menyebabkan anggota pasukan keselamatan daerah itu, Eddie Cuizon, menganggapnya sebagai penjenayah sebenar dan menembak bahagian belakang badan pelakon itu.

Cuizon kemudian menyedari kesilapannya dan menyerah diri kepada polis.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan