Khamis, 18 November 2010

Kenyataan " Biadap " Shahrizat Terhadap PKR..!!

Kekecohan dan kontroversi pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) ketika ini bukan suatu yang mengejutkan.

Ketua Pergerakan Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, PKR merupakan parti rapuh tanpa ideologi dan perjuangan untuk membela nasib rakyat, maka tidak hairan pemilihan yang sedang diadakan parti amat kalut kebelakangan ini.

"Memang kita tahu perkara ini akan berlaku dan ia berlaku lebih awal dari apa yang kita jangka.

"PKR ditubuhkan tanpa visi, idealisme dan perjuangan untuk rakyat serta negara. Tertubuhnya parti itu hanya untuk mempergunakan parti supaya ada individu tertentu jadi Perdana Menteri," katanya selepas menghadiri majlis korban sempena Aidiladha di sini pada Rabu.

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas tindakan bekas Ketua Perhubungan PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim yang menarik diri dari merebut jawatan timbalan presiden dan akhirnya meninggalkan PKR kerana tidak puas hati dengan sistem pemilihan yang didakwa mempunyai unsur penipuan.

Shahrizat yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, sebuah parti tanpa ideologi seperti PKR tidak akan mampu bertahan lama walau siapa pun yang dipilih selaku pemimpin.


Juragan : Menteri "Jahil Sombong"...




4 ulasan:

  1. jadi menteri pun guna pintu belakang...

    bertanding pun kalah...byk bunyi lak...

    BalasPadam
  2. Lu apahal....Ingat UMNO tu penuh dengan vision sangat ker?Walaupun aku bukan pro kerajaan @ pun pro pembangkang tapi dari pengamatan aku, tegok kening ko ajer aku dah meluat...tu belum tengok orang bodoh pakai tudung lagi tu........
    Sudah la cik puan,bawak2 la bertaubat..toksah jaga tepi kain orang...dalam UMNO tu semua OK ker?cuba jawab secara jujur...

    BalasPadam
  3. salam. sbb tu kita sepatutnya merubah "cara berpolitik". seeloknya contohi lah siasah Rasul SAW. kata org tua2 .. kita berbudi org berbahasa. kalau kita kurang budi kuranglah org berbahasa pada kita!

    BalasPadam
  4. betulkan dulu tudung tu pastu cermin diri

    BalasPadam