Syarikat Syabas semenjak kejatuhan kerajaan kesayangannya BN pada 2008 dilihat semakin hari semakin meracau,sikap mereka yang suka berkonfrontasi dengan kerajaan Selangor pimpinan PR menggambarkan sikap busuk perut ahli lembaga Syabas ini.
Terbaru,melalui Tabung Budi yang berselindung disebalik nama Kebajikan dengan menghulurkan air percuma kepada golongan miskin dan daif,seolah-olah menampakkan Syabas sangat prihatin akan nasib golongan susah ini.Rupa-rupanya,subsidi air percuma yang diterima oleh Syabas selama ini dapat menampung kembali "Derma Air" yang diberikan kepada golongan miskin tersebut.
Liciknya strategi kome ya..Sepatutnya subsidi yang diperolehi oleh Syabas dikembalikan kepada kerajaan negeri,kerana itu adalah hak milik dan duit rakyat.
Himpunan Rakyat baru-baru ini adalah isyarat kepada Umno dan anaknya Syarikat Syabas yang rakyat tetap bersama kerajaan negeri menentang kenaikan harga air dan menyokong program air percuma kerajaan PR.
Hantu Raya iaitu UmNo yang berselindung disebalik Syabas sepatutnya bersama rakyat menentang kenaikan takrif air dan bukannya menyokong syarikat yang membuat keuntungan dengan mencekik darah rakyat.
Pengerusi Syabas yang umum ketahui adalah orang kuat Umno yang banyak menyumbang kepada parti reput tersebut.Namun apa sekali pun pegangan politik,dia sepatutnya sedar dan tidak bermimpi disiang hari bahawa kini kerajaan selangor adalah dari PR.
Justeru keistimewaan yang beliau dapati semasa UmNo memerintah Selangor kini tiada lagi.Kerajaan Selangor kini lebih mementingkan Rakyat bukanlah seperti UmNo yang mementingkan Perut dan Bawah Perut!!
Juragan : Bior mati tak minum yeoppp...yang penting
Pemimpin UmNo kaye-raye....kite tumpo tak ape...Hampehhh bebenorrr..
Sekadar buat contoh secara umum,kena sipi-sipi jadilah!
BalasPadamMacam cara budak sekolah rendah( anak orang berada )nak dapat balik duit yang kawannya pinjam(anak orang miskin sikit).Dengan harapan yang keluar dari poketnya tidak rugi satu sen pun dan mendapat pujian maka disyorkan kepada kawan-kawan supaya buat pungutan derma .Itulah TABUNG BUDI .Dia tak payah derma sebab dia dengan baik hatinya telah memberi pinjam dan dengan baik hati pula membuat cadangan.
Mengikut seorang pegawai SYABAS(lupa namanya) pihak mereka telah mengenalpasti keluarga yang miskin.Dan telah pun membuat agihan tersebut. Kebanyakannya mempunyai anak ramai.Menerusi tabung tersebut dapatlah diagih-agih ‘ISIPADU TABUNG BALDI’ kepada keluarga miskin yang terpilih.
Pada pendapat saya,bagi memenuhi tanggungjawab sosial ,sepatutnya pihak SYABAS sendiri turut memberi sabsidi kepada keluarga terbabit sebagaimana kerajaan negeri laksanakan bukannya mengambil ‘ISIPADU TABUNG BALDI’ daripada orang lain.
-KERAJAAN ADA HAK RAKYAT ADA HAK SYABAS ADA HAK PENGGUNA ADA HAK
DI SITU TERLETAK TANGGUNGJAWAB DAN NILAI-
“JANGAN MENGISI ISIPADU UNTUNG MELIMPAHRUAH”