Khamis, 30 Disember 2010

Kasi Gegarrr..!! Umno Trouble..

Kalau ada konsert Double Trouble diantara Search dengan Wing..Kini kita ada Debat Umno Trouble..kuah3..Maka Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) mengucap tahniah kepada Pemuda PAS dan Pemuda Umno Larut di atas usaha menganjurkan satu pentas debat di Dewan Serbaguna MDS, Taman Permai 2 , Selama pada jam 8 malam Sabtu ini.

Debat tersebut adalah antara ketua Pemuda PAS dan ketua Pemuda Umno Larut. "DPPN Pk mengalu-alukan usaha debat ini yang sudah tentu akan mematangkan lagi generasi muda masakini," kata ketuanya, Zawawi Hassan.

"Pemuda PAS Larut akan menampilkan Mohd Nazri Din (kanan), manakala Pemuda Umno pula akan menampilkan Mohamad Anuar Ariffin (kiri). "DPPN Pk memberikan sokongan sepenuhnya kepada kedua-dua pihak agar dapat melangsungkan majlis debat tersebut dengan jayanya," tambahnya.

Juragan : Apa-apa pun wa harap debat ni bukanlah untuk mencari siapa yang menang tetapi mencari Kebenaran dalam sistem kehidupan yang diredhoi Allah..Takbirrr..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan