Isnin, 20 Disember 2010

Ngeriii...27 Maut Kemalangan Bas Di Jln Cameron - Simpang Pulai

Seramai 27 penumpang, kebanyakannya pelancong dari Thailand, terbunuh selepas sebuah bas pesiaran membawa pelancong negara itu terlibat dalam satu kemalangan di Km15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai pukul 11.40 pagi tadi. Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Zakaria Yusof berkata 22 orang mati di tempat kejadian manakala empat lagi meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital di sini.

Katanya bas dua tingkat itu milik syarikat San Express Holiday yang beribu pejabat di Jitra, Kedah, membawa 37 pelancong Thai manakala pemandu, pembantu pemandu dan pemandu pelancong adalah rakyat Malaysia.

Zakaria memberitahu pemberita di tempat kejadian bahawa polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat yang menerima panggilan tengah hari telah mengerakkan 100 anggota penyelamat dalam operasi menyelamat.

Katanya, ketika kejadian, bas itu sedang dalam perjalanan turun dari Cameron Highlands ke Kuala Lumpur kerana pelancong itu dipercayai akan mengambil penerbangan pulang ke Bangkok.

Zakaria berkata siasatan awal mendapati pemandu bas itu hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan sebelum bas terbabas ke laluan bertentangan dan terbalik di longkang.

Menurutnya, identiti dan jantina mangsa yang terbunuh belum dikenal pasti.

5 ulasan:

  1. Pelik..sungguh pelik kemalangan ini brlaku,mgikut keterangan Timbalan Ketua PolisPerak iaitu Dato Zakaria Yusof,bas dlam perjalanan dr Cameroon Highland menuju Kuala Lumpur,persoalannya knapa pmandu bas tersebut tak ikut jalan Ringlet-Tapah dn msuk lebuhraya PLUS??.Ikut jaln tu kn ke dekat? Knapa nk melencong ke Simpang Pulai-Ipoh kmudian bru ke KL plak?

    BalasPadam
  2. ... bas pelancong... mesti nak singgah mane2 on the route...

    BalasPadam
  3. mungkin tak dapat tentukan kenapa diorang ikut laluan situ sebab semuanya dah meninggal dunia....

    BalasPadam
  4. bas tu 2 tingkat... kalau turun ikut tapah takleh nak speeding sbb byk corner. takut ada yg muntah lak dlm bas tu. sbb tu la kot dia turun ikut simpang pulai....

    BalasPadam
  5. itukan jalan alternatif baru untuk ke cameron highlands, jalan baru lebih luas n selesa berbanding jalan lama, tapi agak cerun..

    BalasPadam