Jumaat, 31 Disember 2010

Ulasan Penjilat Umno...Profesor Madya "Batak"...

Pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor tidak perlu diragui oleh kerajaan negeri itu kerana penjawat awam sentiasa dituntut supaya berintegriti dan profesional dalam melaksanakan tugas mereka, menurut seorang penganalisis politik tempatan.

Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Madya Dr Ahmad Nizamuddin berkata dakwaan kerajaan Selangor kononnya pelantikan bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor itu dibuat atas kepentingan politik Barisan Nasional (BN) hanyalah intepretasi yang tidak boleh dijadikan asas.

"Dakwaan tersebut kurang berasas kerana Mohd Khusrin belum memulakan tugas, malah lantikan tersebut juga hanya akan berkuat kuasa mulai 1 Jan ini. Tentunya andaian seperti itu tidak boleh digunakan," katanya ketika dihubungi.

Oleh itu, beliau berkata rasa tidak puas hati kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor berhubung perkara itu tidak berasas.

Katanya, kerajaan PKR Selangor sebenarnya berasa tercabar kerana lantikan itu dibuat di luar pengetahuan mereka.

Kerajaan PKR Selangor pimpinan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim baru-baru ini mendakwa pelantikan Mohd Khusrin, yang mendapat perkenan Sultan Selangor, tidak muktamad kerana tidak dimaklumkan kepada kerajaan negeri.

Ahmad Nizamuddin berkata Abdul Khalid perlu sedar keadaan sebegini biasa berlaku apabila negeri dikuasai parti yang tidak sehaluan dengan kerajaan Persekutuan.

Katanya, pelantikan itu tidak akan membawa masalah kerana kerajaan Persekutuan semestinya telah terlebih dahulu memikirkan kesan baik dan buruk tindakan tersebut.

Beliau percaya sebagai penjawat awam yang berintegriti, Mohd Khusrin akan mengutamakan amalan profesional ketika menjalankan tugas.

"Jika berpegang kepada elemen profesional, bebas dan amalan pengasingan kuasa, sepatutnya pelantikan ini tidak menimbulkan masalah," katanya.

5 ulasan:

  1. Prof Kangkung Dah Becakap

    Kangkung2222222222222

    BalasPadam
  2. kangkung 22222222222 lunyai

    BalasPadam
  3. Peerrgghh.. confirm kangkung maut mamat ni, pesanan saya kalau nak cepat naik full Prof tulis jurnal berimpak atau scopus, pastikan jurnal yg ditulis betul2 berkualiti supaya cited by reader, tulis buku, bagi talk dlm conference/ seminar, buat konsultation, jadi orang terkenal dlm bidang politik seluruh dunia atau peringkat asia, ataupun peringkat asean supaya semua statement boleh dijadian rujukan ... Bukan buat statement yg berat sebelah macam ni... Lu macam x faham politik ni bro... allaaaa kat UKM pun dasyat jugak politik nak naik pangkat...

    BalasPadam
  4. sapa yg perintah selangor,biar dia yg pilih,sapa dia nak.ada mengerti ka?

    BalasPadam
  5. Pengerusi Masjid pun berhak pilih s/u sendiri,iaitu org yang dapat bagi komitmen 100%.Inikan pulak MB yang nak memerintah negeri,Ingat amaran Dato' Nizar,Jatuhnya PR di perak adalah gara-gara SUK Haram Jadahhhhhhhh..Ada fahammmmmmmmm....

    BalasPadam